in

Ibu Bapa Dikecam Lepas Hukum Anak ‘Kaki TV’ Untuk Berjaga Tengok TV, Kalau Tertidur Akan Dikejut

F3 Blksttv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi ibu bapa bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kita perlu mendidik anak dengan baik agar mereka akan menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan.


Namun, kaedah mendidik anak yang dipilih oleh pasangan suami isteri di China ini pula telah dikritik oleh warganet negara itu kerana dikatakan keterlaluan.

Menurut Oddity Central, pasangan suami isteri itu telah mendenda anak mereka yang gemar menonton televisyen dengan cara memaksa kanak-kanak itu untuk berjaga malam untuk menonton televisyen.

9 2

Kisah bermula apabila ibu bapa kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu menyuruh anak mereka itu untuk menyiapkan kerja sekolah dan tidur tepat jam 8.30 malam sebelum mereka keluar.

Namun, apabila pasangan suami isteri tersebut pulang ke rumah, mereka mendapati anak lelaki mereka itu masih lagi menonton televisyen walaupun telah melepasi waktu kanak-kanak itu tidur.

Lebih teruk lagi, kanak-kanak berkenaan juga tidak membuat kerja sekolahnya.

Jadi, perkara tersebut telah menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu mendendanya dengan cara memaksa kanak-kanak itu berjaga malam untuk menonton TV.

Pada mulanya, kanak-kanak tersebut dilihat masih okay serta tenang dan hanya menurut arahan ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa jam menonton TV, kanak-kanak itu dilihat semakin mengantuk dan mula mahu memejamkan mata.

10 1

Budak lelaki itu juga cuba untuk masuk ke dalam biliknya untuk tidur tapi telah dipaksa oleh ibunya untuk menonton TV lagi.

Pada jam 2 pagi, budak berkenaan telah mula menangis dan mula merayu kepada ibunya untuk tidur namun tetap tidak dibenarkan oleh wanita itu.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga beberapa kali terlelap di sofa di hadapan televisyen namun setiap kali terlelap, ibunya akan mengejutkannya untuk terus menonton TV.

Menurut timestamp yang ada pada rakaman CCTV itu, difahamkan budak itu hanya dibenarkan untuk tidur pada sekitar jam 5 pagi.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di ruang tamu rumah keluarga itu.

Video yang dirakam kemudiannya tular di media sosial China dan telah mendapat pelbagai kritikan daripada netizen di sana.

Rata-rata daripada mereka mengecam tindakan ibu bapa itu kerana ramai yang mempersoalkan adakah cara itu patut dilakukan hingga ke tahap itu.

Apa pula pendapat korang tentang kaedah parenting pasangan suami isteri ini?  

Sumber: Oddity Central

Baca: Bekas Suami Penyanyi Dangdut Dipenjara 3 Bulan, Mengaku Salah Belasah Isteri Dan Anak

8 1 1

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.