Seorang pembeli meluahkan rasa kecewa terhadap ‘host live’ di TikTok yang menjual baju apabila dirinya seolah-olah ditindas oleh penjual tersebut ketika ingin bertanya berkenaan dengan produk baju yang dijualnya.
Dalam perkongsian video yang kini sedang tular di media sosial, pembeli tersebut dengan sengaja tidak mahu melayan pertanyaan wanita ini hanya disebabkan perkara remeh yang lebih ke arah pandangan peribadinya.
Artikel berkaitan : Dapat Cromboloni Tak Sama Dengan Iklan, Jawapan ‘Seller’ Ni Buat Pelanggan Geram
Artikel berkaitan : Pembeli Kena ‘Sound’ Dengan Seller Gara-gara Guna Tanda Soal Berlebihan, Ada Yang ‘Backup’ Seller Sebab…
Menurut pembeli itu, dirinya di’mute’ oleh wanita tersebut selepas melihat gambar profil miliknya, kata pembeli itu lagi dia tiada langsung memberikan komen yang berunsurkan provokasi terhadap penjual tersebut, hanya bertanya berkenaan dengan produk jualan.
“Kakak ni mesti suka Kpop, tak nak lah jawab kakak ni, saya tak suka orang Kpop, ingat saya tak ada kuasa, saya ada kuasa veto, beg nombor 18 dah lah tak cantik! Saya dah cakap kan saya tak suka orang Kpop, yang komen tu kenapa kena ada orang Kpop?”
Boleh tengok video penuh di sini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengecam tindakan wanita ini dan mempersoal tindakannya yang mengabaikan pembeli hanya kerana tidak gemar dengan Kpop.
Kesiannya, rezeki datang patut disambut dengan baik, tapi begitu pula layanan yang dia dapat.
Sumber : X