in

Tak Sempat Tatap Kali Terakhir, Suami Pula Terpaksa Pakai PPE Hadir Pengebumian Isteri

Untitled Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setahun terpisah dengan isteri demi melaksanakan tugas sebagai anggota misi pengaman di Lubnan.


Siapa sangka, hajat untuk pulang ke pangkuan isteri yang sedang tenat tidak kesampaian — apabila ia bertukar menjadi perpisahan selama-lamanya buat Lans Koperal Mohd Noh Samsudin dan Allahyarham Norhidayah Amishammudin.

Memetik laporan Berita Harian, Mohd Noh telah diberi kebenaran khas untuk pulang awal selepas isterinya tenat seminggu lalu.

Namun anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) itu terpaksa menjalani kuarantin hingga tidak sempat menatap wajah isterinya, walaupun mendarat beberapa jam sebelum arwah meninggal dunia.

Mohd Noh bagaimanapun tetap hadir ke majlis pengebumian isterinya dengan lengkap memakai sut perlindungan diri (PPE), sehingga mengundang sebak orang ramai.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan menerusi laman Facebook MALBATT 850-7 turut tular di media sosial.

PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7Kehilangan insan yang dicintai sangat…

Posted by MALBATT 850-7 on Jumaat, 18 September 2020

Difahamkan, Norhidayah meninggal dunia pada 7 malam kelmarin di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.

Mohd Noh sepatutnya menamatkan misi awal bulan hadapan namun terpaksa pulang awal susulan keadaan arwah isterinya.

 

Baca: “No daddy please dont tell mommy” – Netizen Sedih Baca Perkongsian Bapa Tunggal Tentang Janji Anaknya Pada Arwah Isteri

Capture 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.