in

“Tak sekarang ni nak tolong macam mana?” – Muat Naik Gambar Kad Pengenalan Hilang Tapi Caranya Buat Netizen Pening

Fi Ic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia memang terkenal dengan keunikannya tak kira dari segi makanan, pakaian, dan juga budaya.


Selain itu, rakyat Malaysia juga sering dipuji oleh pelancong asing kerana keprihatinan dan sikap baik hati yang ditunjukkan.

Tapi, kalau terlampau baik seperti kisah yang nak dikongsi kali ini macam mana pula ya?

 

Niat dah baik

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang netizen di akaun Facebook dan kini meraih lebih daripada 2k likes.

Dia telah menjumpai beg dompet seseorang yang dikatakan tertinggal di sebuah kedai mamak di Pulau Pinang menurut World Of Buzz.

Dengan menggunakan media sosial, dia telah memuat naik gambar kad pengenalan pemilik dompet tersebut dan meminta orang ramai untuk menyebarkannya  supaya pemiliknya boleh mendapatkannya kembali

Walaupun niatnya memang murni, tapi caranya ini yang memeningkan kepala orang ramai.

Dia telah menconteng dan menutup segala butiran yang ada pada kad pengenalan tersebut. Korang tengok lah macam mana dia share.

 

Ic 4

Butiran yang hanya terlihat adalah perkataan kad pengenalan Malaysia dan bendera Malaysia. Secara tak langsung, menyukarkan lagi untuk meneruskan niat murninya itu.

 

Netizen tolong isikan butiran

Oleh kerana itu, netizen telah mencari jalan sendiri untuk mengisi butiran yang telah disorokkan itu. Tapi makin pelik pula yang jadi.

Ic 1

Ic 3

Ic 2

 

Tengok kan min dah kata rakyat Malaysia ni prihatin, apa komen korang?

 

Baca : Perlu ke dicanang ke media sosial?; Ibu Hannah Delisha Muat Naik Puisi Baru, Netizen Minta Henti Buka Aib Keluarga

Foot Ic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.