Baru-baru ini, beberapa bangunan kediaman seperti Selangor Mansion Jalan Masjid India di Kuala Lumpur telah ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Namun, warga asing yang menghuni bangunan terbabit dipercayai telah bertindak biadap terhadap petugas barisan hadapan di situ iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapor Sinar Harian.
Ada antara mereka telah melemparkan sampah dan plastik yang berisi air kencing. Eii, takde hati perut ke dorang ni?
Jadi, askar telah memakai helmet untuk mengelakkan mereka daripada terkena benda kotor ini ketika sedang bertugas.
Difahamkan, perbuatan itu berlaku sebab mereka tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan terbabit. Padahal apa yang dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan dorang jugak.
Rata-rata netizen mengecam tindakan ini kerana sepertinya mereka tidak menghargai jasa petugas.
Namun, difahamkan keadaan kini semakin terkawal kerana tindakan tegas telah diambil.
Baca: [TERKINI] Dua Lagi Bangunan Di Kl Kena Tutup. Tentera & PDRM Siap Pasang Kawat Duri Lagi!