Sekarang ni boleh dikatakan ramai yang sudah melibatkan diri dalam pekerjaan menghantar barang atau makanan dengan menggunakan motosikal atau kereta.
Baru-baru ni, tular dekat laman Twitter mengenai seorang lelaki yang juga merupakan riders menghantar barang telah berkongsi keterujaanya mendapat sunscreen dari customers.
Tak sangka, dok hantar barang tapi cust bagi sunscreen dekat aku. Aku dari tadi dok google apa benda yang cust aku bagi ni 😅 Rupanya lindung kulit daripada matahari, ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit aku, rider kan. Kena panas terik semua pic.twitter.com/tdnPSvdzot
— Jalal baharin (@faizal8704) December 16, 2019
Ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit aku, rider kan. Kena panas terik semua.”
Menurut @faizal8704, dia pada mulanya hanya menghantar barang yang dipesan oleh customers tersebut, namun tidak menyangka pula akan mendapat hadiah.
Dalam tweetnya juga, dia turut mengatakan bahawa, sempat google mengenai fungsi sebenar hadiah yang diberikan oleh customer kepadanya.
Sunscreen rupanya!
Lelaki ini juga turut rasa bersyukur kerana baginya ada juga pihak yang prihatin terhadap dirinya yang merupakan seorang riders.
Tambahnya lagi, dia telah mula keluar untuk menghantar pesanan daripada waktu pagi dan turut mengaku bahawa memang sudah terdedah dengan terik panas matahari.
Jadi, dia sangat bersyukur dan berterima kasih di atas pemberian sunscreen kepadanya.
Fuhh semoga lepas ni, bukan cuma riders je yang pakai sunscreen, tapi lebih baik kalau semua orang guna demi kesihatan diri sendiri juga.