in

“Tak sanggup tengok dia kerja malam” – Isteri Mamat Sepah Berhenti Jadi Polis

syaz ft 2025 10 15T102700.471

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak Mamat Sepah, 39, menghormati keputusan isterinya, Nana, untuk menamatkan kerjaya sebagai anggota polis atas beberapa sebab, termasuk mahu melihat isterinya berehat selepas bertahun berkhidmat.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad mengakui pada awalnya dia agak berat hati dengan keputusan tersebut, namun rasa bimbangnya semakin kuat apabila isterinya perlu bertugas pada waktu malam.


Artikel berkaitan: Mamat Sepah Mohon Maaf Terlanjur Menyampuk Dalam Podcast Bersama Ustaz Syamsul Debat

Artikel berkaitan: Pelawak Terkenal Dipercayai Miliki G*nja Ditahan Di Jeddah Ketika Nak Buat Umrah?

“Bagi saya ini waktu dia berehat kerana salah satu punca minta dia berhenti sebab tak sanggup tengok dia kerja malam. Bukan itu saja, ada kejadian balai polis diserang waktu malam.

Itu pun jadi punca saya tak mahu dia kerja malam. Saya takut dan rasa tak adil dia kena kerja malam. Dia sebenarnya dah lama minta nak bersara kira-kira tiga tahun lalu. Tapi saya kata sayang.

Ini disebabkan impian saya nak jadi polis tapi tak dapat. Ada isteri polis pun okaylah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Nana (@_cik_nana)

Sebelum ini, Nana atau nama sebenarnya Nordiana Ibrahim menjelaskan antara punca utama dia membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya polis ialah kerana mengalami masalah anxiety dan kehilangan minat terhadap profesion tersebut.

Selepas hampir dua dekad berkhidmat dan melalui pelbagai pengalaman, Nana mengakui rasa tawar hati mula timbul selepas insiden dia ditahan bersama suami suatu ketika dahulu.

“Saya dah kurang minat dengan kerjaya ini kerana sudah lama dalam pasukan dan macam-macam lagi yang saya lalui. Saya juga ada masalah ‘anxiety’ (kegelisahan). Mungkin sebab terlalu penat,” katanya.

Kini, Nana meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya lebih tenang tanpa tekanan kerja sebagai anggota polis.

“Saya sekarang lebih gembira kerana sudah tiada beban. Sebelum ini fikir kerja saja sekarang dah bebas Alhamdulillah,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020 di Kulai, Johor.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.