in

“Tak sanggup nak bagitau”- Dah 13 Tahun Mak Meninggal, Wanita Tipu Nenek Kata Ibunya Masih Hidup

Feature 3.3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan dah lama kita tak balik jenguk sanak saudara di kampung, mesti ramai yang rindukan datuk dan nenek kan. Yang paling best bila balik kampung mestilah masakan istimewa nenek kita.


Jadi, kali ini kami nak kongsikan dengan anda kisah sedih tentang kasih seorang cucu kepada neneknya. Menurut Oddity Central, seorang wanita di China terpaksa menipu kepada neneknya bahawa ibunya (anak nenek) masih hidup sedangkan ibunya itu telah meninggal dunia kira-kira 13 tahun yang lalu.

Grandma 3

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Cheng Jing baru-baru ini telah berkongsi kisah itu dengan media China setelah neneknya yang berusia 100 tahun meninggal baru-baru.

Ibu Cheng Jing iaitu Cheng Congrong sebenarnya telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2003 namun wanita itu tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar kepada nenek sebab nenek dan ibunya sangat rapat. Cheng Congrong merupakan anak tunggal.

Disebabkan mak dia dah tahu yang dia tak lama lagi akan pergi, ibu Cheng Jing telah merakam suaranya bercakap supaya rakaman itu dapat dimainkan kepada nenek bila dia dah tak ada nanti.

Grandma 2

Antara rakaman suara ialah wanita itu meminta ibunya makan ubat dan cakap dia akan datang jenguk satu hari nanti. Namun, disebabkan keluarga nenek tu takut rahsia tu akan terbongkar, mereka putuskan untuk upah seseorang untuk meniru suara Cheng Congrong.

Pada mulanya, plan tu hampir tak menjadi sebab pertama kali pelakon suara iaitu Weiping call nenek dan tanya khabar, nenek tu tanya siapa di talian sebab mungkin dia cam tu bukan suara anak dia.

Namun, Weiping cakap suara dia lain sebab dia demam pada ketika itu. Jadi, dengan bantuan Weiping, Cheng Jing dan adik-beradiknya yang lain berjaya ‘menipu’ neneknya yang ibunya masih hidup dan mereka masih berhubung melalui panggilan telefon.

Kesemua cucunya sering melawat nenek namun mereka akan bagitahu nenek yang Cheng Congrong tak dapat datang sebab tak sihat dan pelbagai alasan lain yang mereka rasakan munasabah.

Cheng Jing mengakui menipu neneknya tentang perkara sebesar dan sepenting ini tak sepatutnya dilakukan namun dorang percaya ini adalah yang terbaik untuk nenek itu.

Tiba-tiba mata min pun berair jugak ni. 

Sumber: Oddity Central

Baca: “Berkorban nyawa”- Tak Fikir Risiko, Cucu Bagi CPR Cuba Selamatkan Nenek Dari Covid-19 Buat Kali Terakhir

Grandma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.