in

“Tak pernah dengar orang tolak vaksin sebab agenda Illuminati” – Nadir Al Nuri

Nadir Al Nuri Palestin Divaksin Bukan Agenda Yahudi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kita dengar golongan yang menolak vaksin pasti akan memberi alasan mereka tidak mahu menerima vaksin COVID 19 ini kerana ia ada kaitan dengan agenda barat yang ingin menyesatkan umat Islam.

Pun begitu, pada masa yang sama, ramai juga tertanya-tanya apakah pendirian rakyat Palestin mengenai isu COVID 19 dan penerimaan mereka terhadap vaksin wabak tersebut.


973026

Oleh itu, Nadir Al Nuri selaku rakyat Malaysia yang tinggal di sana tampil menjelaskan keadaan di Gaza, Palestin dan bagaimana mereka mengekang penyebaran COVID 19 di Instagram.

 

Saf solat masih dijarakkan di masjid

Menerusi perkongsiannya, Nadir memberitahu yang dia baru sahaja menerima vaksin Moderna bersama staf Wisma Malaysia semalam.

Vaksin Nadir Al Nuri

Menurutnya, situasi COVID 19 di Palestin tidak begitu membimbangkan kerana pergerakan keluar masuk penduduk di Gaza sangat terhad, jadi penyebaran wabak jugak sangat minimal.

“Semasa perang 11 hari Saiful Quds, SOP diringankan kerana penduduk meletakkan keutamaan menyelamatkan nyawa dari roket dan bom serta menyelamatkan nyawa mangsa perang.

“Selepas perang SOP masih diringankan kerana penduduk terlalu sibuk membangunkan semula Gaza.

“Ketika perang, Kementerian Kesihatan yang sebelumnya mengiklankan jumlah positif COVID-19 setiap hari beralih mengiklankan jumlah syuhada’ yang terkorban dan cedera setiap hari. Walaubagaimanapun, saf solat di masjid sehingga kini masih lagi dijarakkan,” tulisnya. 

 

Wajib pakai mask masuk mall, buat cabutan bertuah untuk galak ambil vaksin 

Namun SOP kembali diperketatkan semula baru-baru ini, yang mana kebenaran masuk ke beberapa pusat beli belah diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

Tambah Nadir lagi, kerajaan di sana siap buat cabutan bertuah lagi untuk mereka yang ambil vaksin ni demi menggalakkan lebih ramai yang mahu divaksin.

Gunnnti 1612309171

“Hari ini SOP mula diketatkan semula bila mana kebenaran masuk ke sebahagian pusat membeli-belah diwajibkan memakai topeng, pegawai kerajaan dan pemilik premis perniagaan juga diwajibkan mengambil vaksin.

“Malah, kerajaan mengambil inisiatif membuat cabutan bertuah untuk mereka yang mengambil vaksin untuk menggalakkan penduduk mengambilnya sehingga setiap hari, puluhan ribu penduduk dapat divaksin.” 

 

Tidak pernah dengar tolak vaksin sebab takut agenda Illuminati 

Pun begitu katanya, masih ada lagi rakyat di sana yang takut untuk mengambil vaksin atas faktor kesihatan, namun belum pernah lagi dia mendengar mereka takut untuk divaksin kerana agenda Illuminati atau Yahudi serta WHO yang ingin membunuh umat Islam.

Di Gaza, akibat kejahilan sebahagian kecil penduduk takut untuk mengambil vaksin atas alasan kesan kepada kesihatan tetapi tidak pernah kedengaran orang menolak vaksin kerana takut ia agenda Illuminati dan Freemason apatah lagi projek Yahudi dan WHO untuk membunuh umat Islam,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CThFbQ9IvH1/?utm_medium=copy_link

Posting Nadir telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang sama ada menyokong mahupun membantah pandangannya, namun kebanyakannya agak terkejut dengan point 6 yang menjurus kepada penerimaan orang Palestin mengenai vaksin COVID 19.

Apa-apapun sebaiknya kita janganlah berbalah dan menghormati pendirian seseorang dalam sesuatu isu. Ambil vaksin pun ikhtiar yang baik untuk mencegah diri daripada COVID 19. 

Baca: “Ni pun ada yang dipertikai” – Nadir Al-Nuri Terkilan Tindakan Solat Berjemaah Di Sungai Dikecam 

Solat Di Sungai

Sumber: Instagram
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.