in

Tak Pernah Datang Walau Sehari, Ahli Parlimen Jepun Yang Juga Seorang YouTuber Dipecat

1Jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bintang YouTube yang menjadi ahli parlimen Jepun telah dilucutkan jawatannya selepas beliau gagal hadir untuk sehari bekerja di parlimen.


Pada sidang parlimen pada hari Rabu lalu, Parlimen Jepun memecat Yoshikazu Higashitani kerana ketidakhadirannya yang berterusan. Ini adalah kali pertama parlimen negara matahari terbit itu mengambil langkah sedemikian dalam lebih tujuh dekad.

Screenshot 2023 03 18 At 1.16.41 Pm

Memetik laporan CNN, Yoshikazu telah dipilih menjadi ahli parlimen pada Julai 2022. Beliau yang lebih dikenali dengan GaaSyy di YouTube mengendalikan saluran yang bercakap tentang gosip selebriti.

Sehingga 8 Mac baru-baru ini, beliau gagal menjawab ‘surat jemputan’ daripada Speaker Dewan dan tidak menghadiri satu pun sidang parlimen sejak pemilihannya. Undang-undang parlimen Jepun menetapkan bahawa ahli parlimen mesti datang ke parlimen pada hari kali persidangan. GaaSyy sebelum ini diminta memohon maaf atas ketidakhadirannya, namun beliau tidak berbuat demikian.

Screenshot 2023 03 18 At 1.16.52 Pm

Pada hari Selasa, jawatankuasa tatatertib Dewan Tinggi sebulat suara memutuskan untuk memecatnya sebagai ahli parlimen. Ini juga adalah hukuman yang paling berat dan adalah yang ahli parlimen yang ketiga dikenakan hukuman itu sejak 72 tahun lalu.

Dalam pada itu, media Jepun melaporkan GaaSyy enggan menghadiri parlimen kerana beliau takut ditangkap jika pulang ke negaranya. Beliau disaman kerana memfitnah beberapa selebriti menerusi beberapa video di saluran YouTubenya.

Baca: Main Tarik Tali Guna Kepala Yang Botak, Permainan Orang Jepun Ini Tarik Perhatian Ramai

Screenshot 2023 03 18 At 1.02.40 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.