“Tak perlu buat babak macam ni” – Netizen Kecam Adegan Cium Fattah Amin, Janna Nick

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Belum ditayangkan tetapi drama adaptasi Coffee Prince sudah pun mencetus kontroversi. Kedua-dua pelakon utama drama bersiri itu kini dikritik hebat oleh netizen gara-gara babak yang boleh dikatakan tidak bersesuaian.

Tular di media sosial tentang adegan seperti bercumbu di antara pelakon Fattah Amin dan Janna Nick ketika penggambaran drama bersiri, Coffee Prince arahan Michael Ang.

Sumber: Facebook

Menurut mStar, rakaman video itu dimuat naik oleh pelakon baru, Fara Mendoza melalui instastory Instagram miliknya. Siapa dia ni?

Sumber: mStar

Sudah semestinya, babak seperti itu mencetus kemarahan serta kecaman dari orang ramai. Netizen rata-rata meluahkan rasa kesal serta mengkritik pengarah drama itu yang tidak menapis adegan dari drama Korea lakonan Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an itu.

Sumber: Facebook

Pengarah Michael Ang ketika ditemu bual mStar memberitahu bahawa dia sama sekali tidak mengetahui rakaman Fattah Amin serta Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di media sosial.

“Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan. Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

“Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang.”

Sumber: Instagram

Michael turut meluahkan rasa kesalnya kerana adegan itu telah di salah anggap oleh masyarakat.

“Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah tidak bersentuhan langsung. Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.

“Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya.”

Sumber: Instagram

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan.

Sebagai negara yang diduduki majoriti umat Islam, sudah semestinya adegan sebegini mendapat kritikan hebat dari penonton.

Ada yang berpendapat ianya mendorong kepada lebih banyak kes maksiat dan zina dalam kalangan remaja. Ada juga yang berpendapat ia hanya lakonan semata-mata dan tidak perlu diambil serius. Apa pendapat anda?

Baca: “Fattah sangat positif dan terbuka” – Sajat ‘Skandal’ Baru Fattah Amin?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!