in

Tak Perlu Berhenti di Kawasan R & R, Pemilik Kereta Ini Bina Tandas Duduk Dalam Kenderaan

f3 toilet in car

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang sering dirisaukan oleh mereka yang sering balik kampung dengan memandu kereta sendiri ialah tak jumpa tandas atau kawasan rehat dan rawat kalau tiba-tiba sakit perut nak membuang. Takkan nak buang hajat kat tepi jalan pulak kan. Jadi, terpaksa la tahan sampai berhenti di R&R. 

Walau bagaimanapun, penumpang kereta jenis Toyota Fortuner di India ini nampaknya tak payah tunggu berhenti di tandas awam untuk melepaskan hajat kerana ia telah mengalami perubahan apabila sebuah tandas duduk dibina di dalamnya.


car toilet 2

Memetik laporan laman web Cartoq, kereta jenis sports utility vehicle atau SUV itu merupakan antara kenderaan yang sering menjadi pilihan ramai pengguna jalan raya di negara itu.

Video rekaan kereta dengan tandas itu telah dikongsikan saluran YouTube Revokid Vlogs baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, difahamkan tandas itu telah dibina oleh OJES AUTOMOBILES dan rekaan seumpama itu hanya dibuat untuk mereka yang kurang upaya atau untuk kerja amal.

Difahamkan ia turut dilengkapi dengan tangki air khas untuk tandas tersebut dan air kotoran juga takkan terkeluar ketika kereta sedang bergerak manakala lantai kereta juga telah diubah untuk menyesuaikan binaan terbabit dalam SUV ini.

car toilet 4

Cara untuk mengakses tandas itu juga mudah, hanya perlu lipat kerusi penumpang di barisan kedua. Namun, kos keseluruhan untuk mengubah suai kereta itu tidak didedahkan kepada penonton video terbabit.

Kalau ada bajet lebih, adakah korang akan bina tandas macam ni jugak dalam kereta korang? 

Sumber: Cartoq, YouTube Revokid Vlogs 

Baca: [VIDEO] Jem Teruk Kat Highway, Pemuda Tak Tahan ‘Membuang’ Terpaksa Tumpang Tandas Polis Ketika Roadblock 

car toilet 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.