Satu video yang dikongsi menerusi Facebook group memperlihatkan detik membanggakan individu ini memandu kenderaan jenis SUV yang serba baharu memasuki jalan raya Kuala Lumpur sejurus selepas mengambilnya dari bilik pameran.
Bagaimanapun, detik bahagia itu hanya seketika apabila rakaman dashcam tular itu menunjukkan kereta baharunya dirempuh sebuah kereta sedan di Tol Gombak.
Artikel berkaitan : Imam Terhenti Bacaan Doa, Tahan Rasa Sayu Selepas Solat Jenazah 3 Mangsa Dirempuh SUV
Artikel berkaitan : Netizen Kagum Hafiz Mahamad Hadiahkan ‘Staff’ Kereta Baru, Siap Bagi Bonus & Belanja Baju Raya!
Berdasarkan laporan oleh China Press, kemalangan itu menyebabkan SUV tersebut rosak teruk, dan ia mungkin perlu dianggap sebagai total lost.
Dalam rakaman itu, kejadian berlaku ketika pemandu SUV itu sedang memperlahankan kenderaan untuk melalui tol, namun tiba-tiba dilanggar sebuah kereta sedan hitam dari arah belakang.
Berdasarkan rakaman, jelas menunjukkan kereta sedan itu meluncur laju dari jauh sebelum menuju ke pondok tol, yang mengakibatkan kemalangan itu.
Akibat rempuhan itu, SUV tersebut terkeluar dari tol. Kemalangan itu bukan sahaja meremukkan bahagian belakang SUV, malah bahagian hadapan sedan turut remuk.
Lebih memburukkan keadaan, pemandu kereta sedan hitam itu didakwa baru berusia 19 tahun. Bagaimanapun, sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa masih belum dikenal pasti.
Sumber : Facebook, WORLD OF BUZZ