“Tak payah nak salahkan bangsa” – Netizen Setuju Keputusan Mahkamah Bebaskan Pemandu

Korang yang pernah tengok sendiri depan mata macam mana budak-budak lajak ni naik basikal dekat highway, memang akan fahamlah kenapa Sam Ke Ting dibebaskan dari pertuduhan langgar mati 8 remaja dua tahun lepas.

Namun, sejak dari kes ini berlaku hingga sekarang, masih ada lagi segelintir orang yang menyalahkan pemandu dan lebih teruk lagi ada yang sampai nak main sentimen bangsa lagi dalam kes ni.

Mungkin disebabkan ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan secara ringkas dan padat kenapa pemandu wanita ini tak bersalah langsung walaupun langgar 8 remaja sehingga maut.

Melalui penjelasan dari pengguna Twitter ini, ramai netizen menunjukkan rasa setuju dengan keputusan mahkamah ini.

Bukan tu je, ada jugak netizen yang merasakan mahkamah sepatutnya buka kes baru dan dakwa ibu bapa kanak-kanak ni sebab biarkan anak-anak dorang keluar sampai pukul 2, 3 pagi.

Keputusan dah pun keluar, so eloklah kita jadikan benda ni sebagai iktibar dan pengajaran untuk ibu bapa di luar sana. 

 

Baca: “Kami tak dapat terima keputusan itu” – Keluarga Mangsa Basikal Lajak Kecewa, Cadang Nak Lawan Semula Kes Di Mahkamah?

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson