in

“Tak payah beli, masak sendiri” – Individu Complain Harga ‘Gearbox’ Di Bazar RM50 Dikecam

Fr Bazaar Gearbox Rm50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila pengunjung bazar Ramadan luahkan rasa kecewa membeli Nasi Beriani dengan harga RM 20 tapi hasil yang diperoleh amatlah menghampakan.

Susulan dengan penularan video tersebut, sumber melaporkan bahawa kedai tersebut terus tiada pengunjung dan dilihat perkara lebih kurang sama dialami individu ini.


 

Gearbox harga RM 50

Menerusi TikTok, jelasnya, ketika dia pergi ke satu gerai ini, dia terjumpa satu menu iaitu sup gearbox dan di jual dengan harga RM 50, menurutnya lagi saiz gearbox yang dijual itu sangat kecil.

Malah dia juga menceritakan pengalamannya memberi petai iaitu 3 ikat berharga RM 28 dan baginya itu adalah keterlaluan. Dia juga menegur sikap peniaga yang suka ambil kesempatan ini.

@shahirfan1994

Melampau betul harga ambil kesempatan peniage peniage KECIK. Haram betul wehh

♬ original sound – SHAHIRFAN GOMEN – SHAH IRFAN

Video yang meraih 289.1K selepas sehari dimuatnaik itu telah mengundang kecaman netizen, bagi mereka kos dan modal untuk menghasilkan menu makanan dan bayaran tapak peniagaan ini bukanlah murah, ini kerana harga barangan yang semakin naik.

Bahkan, menerusi ruangan komen juga, ada peniaga bazar tampil memberikan respon dengan menjelaskan segala kos yang perlu dikeluarkan dan ia jadi penyebab kenapa harga makanan naik.

Image From Ios 7 Image From Ios 8 Image From Ios 9

Malah kenyataan lelaki ini  yang mempertikaikan harga petai juga dibidas oleh netizen kerana bagi mereka ia tidaklah mahal mana.

Walaubagaimanapun, ada juga yang memihak kepadanya kerana ada yang membandingkan harga juadah berbuka puasa tersebut yang jauh lebih murah di tempat mereka.

Baca : Gara-gara Jual Nasi Beriani Harga ‘Cekik Darah’, Gerai Viral TTDI Kini Tiada Pengunjung?

Page Nasi Beriani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.