Sebelum ini, viral di media sosial berkenaan pilihan pelakon Ellie Suriaty Omar dan anak-anaknya yang tidak mahu menerima suntikan vaksin COVID 19 gara-gara faktor keselamatan.
Namun tanpa Ellie ketahui, atas tuntutan kerja, suaminya, Azri Iskandar, 53, rupa-rupanya telah lengkap dua dos vaksinasi, lapor mStar.
Ellie yang menceritakan hal tersebut berkata, dia yang sebelum ini lantang menolak vaksin terpaksa akur dengan tindakan suaminya itu.
Azri dah vaksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya.
“Pada saya… saya pun tak nak bergaduh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergaduh kat rumah,” katanya.
“Dia ketua keluarga, kena cari nafkah”
Tambah Ellie lagi, dia harus berfikiran rasional mengenai isu tersebut kerana suaminya terpaksa keluar mencari rezeki buat mereka sekeluarga.
Seperti semua sedia maklum, sebagai pelakon mereka haruslah melengkapkan dua dos vaksinasi sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana penggambaran satu-satu produksi.
Dia tak happy dengan perkara ni (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah.
“Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya… tahu-tahu je dah dua vaksin.
“Jika dia jatuh sakit saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ini,” kata Ellie.
Dalam pada itu, Ellie juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memberi vaksin kepada pelajar sekolah dan kemungkinan besar akan memberhentikan anak-anaknya dari sekolah jika mereka dipaksa untuk menerima vaksin tersebut.