in

“Tak mungkin Zahid jadi PM”- Pemimpin Kanan UMNO

Zahid Hamidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pilihan Raya Umum ke-15 ini menyaksikan beberapa nama disebut-sebut untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu sekiranya parti mereka menang pada pilihan raya kali ini.


Antara nama yang menjadi sebutan adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun timbul persoalan siapakah yang akan diangkat sebagai perdana menteri sekiranya Barisan Nasional menang pada PRU15 kali ini iaitu antara Zahid dan Ismail Sabri.

Ismail Sabri N Zahid Hamidi Bernama 240622

Realitinya, ramai dikatakan bimbang sekiranya Zahid diangkat sebagai perdana menteri yang baharu berikutan beliau masih dibicarakan atas 47 tuduhan penggubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan jutaan ringgit dana daripada Yayasan Akalbudi.

Selain dakwaan beliau menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, lapor FMT.

Namun menurut sumber dari pemimpin kanan UMNO, kemungkinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu untuk menjadi perdana menteri adalah rendah.

Menurut sumber itu lagi, ia berikutan perbicaraan rasuahnya dan agak janggal jika namanya dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dinamakan sebagai perdana menteri yang baharu.

“Sejujurnya ia memberi kesan terhadap kami. Memang Zahid berjaya memimpin parti selepas PRU14, namun beliau masih mempunyai kes mahkamah dan tidaklah begitu popular di dalam dan di luar BN,”

“Realitinya, pengundi bimbang dengan kemungkinan Zahid menjadi perdana menteri,”

71581550158 Tbahmadzahidhamidi

Ujar sumber itu lagi, kebimbangan dari kalangan pengundi ini dikhuatiri akan menjejaskan peluang BN untuk menang besar pada 19 November ini.

Apapun, saya rasa sukar, malah tidak mungkin Zahid dilantik sebagai perdana menteri disebabkan perbicaraan kes rasuahnya. Istana akan berada dalam kedudukan sukar sekalipun untuk mempertimbangkan namanya.”

“Bukan sekadar BN yang akan memutuskan siapa menjadi perdana menteri, tetapi juga Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sarawak malah mungkin juga PAS.

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa; jika (dipaksa), nanti tiada kestabilan politik. Beliau mestilah seseorang yang diterima oleh semua orang,”

Sebelum ini Zahid ada memaklumkan bahawa Agong sendiri akan menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya BN menang pada PRU kali ini.

Malah beberapa pemimpin kanan termasuk Zahid sebelum ini ada menjelaskan bahawa Ismail Sabri merupakan satu-satunya calon perdana menteri bagi parti itu.

 

Baca : PRU15 : Sungai Buloh Jadi Saksi Drama Politik Antara Zahid Hamidi Dengan KJ?

Screenshot 2022 11 16 121538

Sumber: FMT
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.