in

“Tak minta satu sen pun upah” – Hilang 2 Anak, Luahan Rindu Penghantar Barang Ini Undang Sebak

ft penghantar barang sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Takkan ada rasa yang memeritkan dalam hidup seorang lelaki yang berstatus bapa selain kehilangan anak. Kisah yang meruntun hati daripada penghantar barang ini mendapat perhatian ramai setelah mereka melihat perkongsian daripada seorang TikToker ini.

Ketika penghantar barang ini melakukan tugas angkut dan menghantar barang kepadanya, TikToker yang dikenali sebagai @puteriyayayee menyatakan pakcik tersebut tidak meminta upah walaupun sesen biarpun dia kelihatan lencun berpeluh di bawah cuaca panas terik.


Artikel berkaitan : “Terima kasih buat mummy rasa seperti ibu” –  Ucapan Hari Lahir Ayash Affan Daripada Watie Buat Netizen Sebak

Artikel berkaitan : “Bersalin di dunia, berpantang di syurga” – Suami Doakan Isteri Syahid Bersalin Buat Netizen Sebak

“Barang tu semua barang-barang besar dan berat, tak ada satu barang kecil dan barang tu diangkat dari mula sampai habis minta 1 sen pun upah, dalam hati saya rasa kenapa dia baik sangat, bila sembang-sembang, baru saya tahu..”

@puteriyayayee

Berat mata memandang , berat lagi bahu yg memikul . Takziah untuk pakcik yang telah kehilangan 2 anak . #kehilangan #takziah #ayah #ayahygkuat #dugaan

♬ original sound – Puteri Yayayee – Puteri Yayayee

Tersentuh dengan sikap baik hati penghantar barang ini, wanita tersebut mula sebak apabila ada kisah sedih yang tersirat di sebalik keceriaan pakcik ini.

Rupa-rupanya, pakcik yang dikenali sebagai Abdul Rahman Bin Ahmad Serbaini telah kehilangan 2 orang anak lelakinya.

Dapat dilihat dalam video ini, Abdul Rahman tidak mampu menahan rasa sebak apabila meluahkan rasa rindu kepada anak-anaknya.

“Nak ikutkan sangat pun tak boleh, kadang-kadang duduk di rumah pun, teringat anak punya perangai, macam itulah yang tak boleh lupa,” kongsi Abdul Rahman dalam nada yang sebak.

Untuk pengetahuan, pakcik Abdul Rahman yang sebelum ini mempunyai 3 orang anak telah kehilangan anak sulungnya, Allahyarham Ashraf Abdul Rahman pada September 2022 dan anak bongsunya, Allahyarham Ariff Abdul Rahman pada Disember 2023.

Menurut anak keduanya, Norhidayu Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Ayu, abang sulungnya iaitu Ashraff meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan adik bongsunya meninggal dunia akibat kanser tulang di bahagian kakinya.

Di samping itu, Abdul Rahman yang menetap di Kota Damansara itu menjelaskan bahawa arwah Ariff telah menanggung derita kanser tersebut selama 7 tahun, namun sepanjang dia menanggung sakit, Ariff tidak pernah menangis dan merungut tentang kesakitannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ada orang terdekat dan netizen yang melihat video ini menceritakan kebaikan arwah dan juga pakcik Abdul Rahman, netizen sayu apabila mendengar ceritanya.

Screenshot 2025 08 07 133552 Screenshot 2025 08 07 133620 Screenshot 2025 08 07 133702

Salam takziah buat pakcik Abdul Rahman sekeluarga dan semoga Allahyarham Ashraf Abdul Rahman serta Allahyarham Ariff Abdul Rahman ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.