Seorang wanita warga Indonesia sedang dikesan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Tinggi selepas wanita berkenaan meninggalkan bayi lelakinya di Hospital Sultan Ismail kerana tidak dapat membayar bil hospital sebanyak RM45,000.
Memetik laporan Harian Metro, bayi lelaki tersebut mempunyai seorang lagi kembar namun kembarnya itu telah meninggal dunia.
Difahamkan, bayi-bayi tersebut dilahirkan secara pramatang pada bulan Julai lalu di sebuah ladang kelapa sawit.
Artikel Berkaitan: MUA Dapat ‘Job’ Solek Bayi Untuk Majlis Aqiqah, Ramai Netizen Kasihan Dengan Bayi
Bayi lelaki yang selamat itu kemudiannya dibawa ke klinik sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal untuk rawatan lanjut.
Ibu bayi itu telah meninggalkan bayi itu di hospital itu selepas bil rawatan RM45K itu gagal dibayar olehnya.
Bayi lelaki itu yang kini berusia lima bulan difahamkan telah berada dalam keadaan sihat.
Difahamkan, wanita warga Indonesia itu hanya dikenali sebagai Rostah dan alamat terakhirnya yang juga ibu kandung bayi itu adalah di Kota Tinggi.
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keberadaan ibu bayi ini atau warisnya boleh menghubungi talian 07-8835536 iaitu Pelindung Kanak-kanak Daerah Kota Tinggi.
Sumber: Harian Metro