in

Tak Makan & Minum Berhari-hari, Remaja 16 Tahun Di India Meninggal Dunia Akibat Ketagihan ‘PUBG’

Gambar Hiasan 2 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan bahawa lambakan permainan video kini banyak dipengaruhi oleh industri e-sukan yang kian mendapat sambutan hangat terutamanya dari golongan remaja. Selain dapat menjana pendapatan yang lumayan, permainan video turut dapat membantu untuk menghilangkan bosan dan stress.


Namun begitu, setiap perkara pasti ada keburukannya. Di India, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilapor meninggal dunia pada 10 Ogos lalu apabila didakwa terlalu ‘taksub’ bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) tanpa henti selama berhari-hari malah tak makan atau minum air secukupnya.

Menurut Gulf News menyatakan bahawa remaja itu jatuh sakit akibat daripada dehidrasi yang teruk. Remaja itu pada awalnya telah dihantar ke hospital swasta di Eluru Town kerana mengalami cirit-birit yang melampau sehinggakan terpaksa menjalani pembedahan.

5 Hp Vivo Terbaik Untuk Bermain Pubg Mobile

Namun mangsa kemudiannya meninggal dunia ketika menjalani rawatan kerana tidak dapat bertahan daripada pembedahan tersebut.

Sebelum di bawa ke hospital, ayah mangsa memberitahu yang anaknya bermain PUBG dalam keadaan yang tidak tenteram, emosi terganggu dan sentiasa dalam keadaan marah.

Kes sebegini sebenarnya sudah pernah berlaku di India pada hujung Mei 2019, dimana seorang remaja berusia 16 tahun telah meninggal dunia akibat daripada bermain permainan video yang sama.

Mangsa yang dikenali sebagai Furkhan Qureshi selepas dibedah siasat menunjukkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung.

 

Baca: Wow! Sebab Nak Jadi Sultan Dalam PUBG, Remaja Ini Songlap RM 90,000 Duit Mak Ayah

1 12 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.