in

“Tak layak jadi suami” – Netizen Kecam Lelaki Guna Alasan ‘Takdir Tuhan’ Untuk Kahwin Dua

Collage 8

Sebelum ni admin ada cerita pasal luahan hati seorang wanita yang selalu dipanggil “perampas”, kali ni seorang lelaki pula nak share kenapa kita tak boleh sesuka hati nak hukum mana-mana pihak dan kenapa dia nak bernikah dua.

Perkongsiannya yang dia dimuatnaik di group Facebook Kisah Rumah Tangga, lelaki ini memulakan cerita dengan mengulas tentang perkahwinan dengan isterinya.

Isteri baik bertudung labuh dan berpurdah

4A1Ddc488D37Ec9349754436Ad9A1272
Gambar hiasan

Lelaki ini berkata yang dia berkahwin dengan seorang janda anak tiga 5 tahun lalu dan hubungan dia dengan isterinya tak pernah ada masalah dan isterinya ini juga merupakan seorang wanita yang baik bertudung labuh dan berpurdah. Kini, isterinya ini sedang sarat mengandung anak ke-3 mereka.

“Selama kawin, isteri tak tahu saya jenis kaki enjoy. Tapi, tak bermakna saya melakukan maksiat dengan mana2 perempuan.”

Lelaki ini kemudiannya menambah yang dia sebagai seorang lelaki mahu mencari kawan perempuan yang boleh menjadi peneman untuk dia berhibur bagi hilangkan stress bekerja.

Isteri bukan jenis kaki lepak, dan dia tak berminat untuk temankan saya.”

Rahsiakan status sebab nak cari kawan perempuan

Menurut lelaki ini, kerana statusnya sebagai suami orang telah banyak menghalang dia untuk cari kawan perempuan baru, dia membuat keputusan untuk merahsiakan status perkahwinannya dari seorang wanita janda anak dua.

“Di awal perkenalan kami, sekadar biasa saja shinggalah saya mula tertarik dengan perwatakannya yang ceria walaupun dia baru sahaja menjanda selama 7bulan.

“Saya tetarik dengan sikapnya yang matang walaupun agak nakal, nakal bermaksud seorang yang sentiasa banyak mulut berceloteh.

“Perasaan hadir dalam hati untuk membentuk dan membimbing dia, bukan sekadar suka2 sebenarnya. Tapi, di sebab kan dia sering bercrita ramai lelaki yang tertarik dengan dia, saya risau dia hanyut dalam nfsu mana2 lelaki.”

Tambah lelaki ini lagi, dia juga tertarik dengan wanita ini kerana bentuk badannya tak kelihatan seperti wanita yang mempunyai anak dan wajahnya pula seperti remaja berusia 22 tahun walaupun dah berusia 28 tahun.

Sepanjang perkenalan mereka, wanita tersebut tak ada menaruh perasaan kepada lelaki ini tapi dia tak berputus asa dan terus cuba untuk mendapatkan hati wanita itu.

“Dia nampak keikhlasan saya”

Hinggalah pada suatu hari, kawan wanita tersebut mendapat tahu tentang status lelaki ini dan membuat keputusan untuk menjauhkan diri.

“Tapi saya tetap memujuk dia. Alhamdulillah, dia nampk keiklasan saya.”

Tetapi yang menjadi isu adalah dia tahu istri saya sedang mengandung dan tak sampai hati untuk melukakan hati istri dan anak2 saya sebab dia juga faham naluri seorg wanita.”

Lelaki ini memberitahu yang tujuan dia menceritakan kisah hidupnya supaya orang lain faham yang ini adalah “takdir” kehidupannya.

Kahwin tanpa pengetahuan isteri

3 2 82 1024X768 73
Gambar hiasan

“Soal hati dan prasaan sapa yang tahu. dan saya tahu, zaman sedang ramai melabel perampas laki orang, tapi bagi saya itu keterlaluan untuk kita menghukum mana2 pihak.”

Bukan setakat itu je, lelaki ini juga memberitahu yang dia bakal berkahwin dengan wanita tersebut tanpa pengetahuan isterinya.

“Tak terlintas di hati saya untuk menyayangi mana2 perempuan selama saya sering berkenalan dengan ramai wnita di luar sana, mungkin ini takdir dari Nya.”

InshaAllah saya bakal mngahwini janda ank 2 ini secepat mungkin tanpa pengtahuan istri saya, selepas bernikah mungkin baru saya akan ceritakan smuanya.”

“Saya bukanlah ustaz atau lelaki warak. Tapi, inilah kisah hidup yang nyata ada hikmah dari Allah mungkin.”

“Ini bukan takdir, ni penyakit cari sendiri”

Ekoran dari perkongsian lelaki ini, banyak netizen yang meluahkan rasa menyampah dengan cerita lelaki ini sampai ada yang merasakan lelaki ni tak layak untuk jadi suami.

1 2

Hai bang, kalau memang mencari pun sebab takdir ke? Geram je luahan dia ni tau!

 

Baca: “Jangan nak salahkan penyondol” – Wanita ‘Perampas’ Suruh Isteri Stop Meroyan Kalau Suami Cari Perempuan Lain

Screenshot 2019 10 02 At 4.35.43 Pm