in

“Tak lari pun mati” – Orang Laos Korek Terowong, Bantu Rakyat M’sia Lari Dari Dijual Sindiket

Korek Terowong Rakyat Malaysia Lari Laos

Sedih, takut dan berada dalam keadaan cemas pada setiap masa merupakan antara perkara yang dialami rakyat Malaysia yang telah diculik serta menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Laos baru-baru ini.

Menurut FMT, lapan orang dari mereka yang berdepan situasi antara hidup dan mati ini telah ditempatkan di bangunan yang dikawal ketat sindiket sehingga terpaksa berpakat siapa yang patut melepaskan diri dengan harapan rayuan mereka yang terselamat ini akan menggerakkan lagi usaha menyelamat.

5D6Cf359A3A21

Orang Laos korek terowong, bantu lepaskan diri 

Empat orang kemudian dipilih untuk larikan diri menerusi sebuah terowong yang dikorek penduduk tempatan.

Keputusan yang sukar ini terpaksa dibuat kerana dalam dua hari lagi, mereka akan dijual ke Myanmar seperti binatang ternakan. Khoo (bukan nama sebenar), 34, memberitahu dia antara yang terpilih untuk larikan diri daripada sindiket penipuan tawaran kerja itu.

Job Scam Kemboja Laos Klia 11

Seorang rakyat China dipukul depan mata kami berempat. Kaki patah, tangan patah, kepala koyak. Dia cakap kalau kami cuba lari, nasib kami akan sama macam ini,” katanya menjelaskan nasib jika mereka gagal lepaskan diri dari pekerjaan sebagai scammers itu.

Walau bagaimanapun, dia juga tidak pasti bagaimana orang tempatan boleh tahu tentang nasib mereka apabila terkejut melihat sebuah kereta menanti mangsa di luar terowong yang mereka lalui untuk lepaskan diri.

Dia korek terowong itu, kasi kita masuk, bawa keluar cepat-cepat ke dalam kereta yang menunggu,” ceritanya.

“Tak lari pun tetap mati. Jadi kita lawan sahaja lah” 

Seorang lagi mangsa yang terselamat, Danny memberitahu yang dia nekad untuk melawan sekiranya cubaan gagal. Dia hanya boleh terima dua pengakhiran – peluk anak isteri di Malaysia atau mati melawan di Laos.

Tak lari pun tetap mati. Jadi kita lawan sahaja lah. Mati sekali (dengan penyangak). Tidak apa, cuma mati sahaja,” katanya.

Job Scam Kemboja Laos Klia 31

Manakala Lee, 28, yang tak terpilih melalui terowong itu kerana badannya yang besar telah membuat cubaan lari yang tersendiri dengan memberi alasan jatuh sakit.

Dengan bantuan penduduk tempatan yang sama, dia berjaya melarikan diri malah nyaris dicekau samseng yang mengawalnya.

Ini satu-satunya peluang saya untuk lari. Kalau tidak dapat lari, saya pasti mati. Saya badan paling besar dalam kumpulan (lapan orang rakyat Malaysia itu). Mereka pun tak percaya saya dapat lari,” katanya.

Mereka yang tiba di KLIA pada Selasa lepas telah disambut keluarga selepas 8 bulan diculik sindiket.

Job Scam Kemboja Laos Klia 41

Keluarga mangsa juga mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), kerajaan, dan pihak berkuasa Laos yang berusaha membawa anak-anak mereka pulang.

Syukurlah semuanya selamat! 

Baca: “Dipaksa makan babi” – Mangsa Dedah Penderitaan Jadi ‘Hamba Moden’ Sindiket Pekerjaan Luar Negara

Sindiket

Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: FMT