Gurauan yang mempunyai unsur gangguan seksual amat ditentang oleh masyarakat, bukan sahaja dari tindakan gurauan tersebut tapi merujuk juga kepada perbualan dan percakapan.
Walaubagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang menjadikan gangguan seksual sebagai bahan gelak ketawa dan tanpa berasa malu membuatnya ketika sedang live di media sosial.
Menerusi sebuah perkongsian ciapan di Twitter, seorang pengguna telah meluahkan rasa tidak bersetuju dengan tindakan tiga orang Tiktoker yang mempunyai ramai pengikut.
Berlakon aksi lelaki kena rogol katanya..
Dalam video rakaman skrin yang dimuat naik oleh seorang pengguna, dapat dilihat dua orang lelaki sedang melihat kawan lelaki mereka berlakon seperti hendak dirogol.
Selepas rakannya melakonkan aksi itu, mereka ketawa beramai-ramai serta menggunakan sound card seperti streamer yang sedang membuat konten sambil dilihat oleh lebih dari 300 penonton.
Aksi tidak senonoh itu telah dijadikan bahan lawak oleh mereka yang masing-masing mempunyai jumlah pengikut yang agak ramai.
Perkara sebegini tidak patut disiarkan di laman sosial kerana berkemungkinan ada penonton bawah umur yang akan terikut-ikut dengan jenaka sebegini.
Tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh tiga orang Tiktoker tersebut kerana seolah-olah mempermainkan isu rogol yang merupakan satu jenayah.
“Tak semua orang ada common sense.” – Netizen
Buat laporan polis je kat dorang ni..
Namun, motif utama perbualan mereka semasa live itu tidak dapat dipastikan kerana video itu sudah dihapuskan.
Sebarang perlakuan atau percakapan yang berunsur gangguan seksual tidak sepatutnya dijadikan bahan gelak ketawa. Admin harap influencer ni sedar la tindakan dorang tu dan tak patut buat lawak macam tu..
Baca : Bapa Tiri Dijatuhi Hukuman Penjara 15 Tahun, Rogol Anak Berusia 12 Tahun Sehingga Mengandung