in

“Tak jadi nak marah” – Mohon Maaf Isu Pelajar Terlepas Tren, Admin KTMB Dipuji Rajin Balas Komen FB

Page Ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar di beberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu telah memulakan sesi persekolahan mereka pada Ahad dan keadaan di mana-mana akan mula jadi sibuk.


Walau bagaimanapun, semalam telah tular satu insiden yang melibatkan kira-kira 100 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong tidak dapat menghadirkan diri mereka pada hari pertama persekolahan lepas tren tidak berhenti di stesen Kuala Gris, Kelantan.

Bertindak pantas, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengeluarkan satu statement permohonan maaf kepada pihak pelajar dan juga ibu bapa berikutan insiden yang berlaku di akaun Facebook milik mereka.

????????? ????? ??????? ?????:“KERETA API TIDAK BERHENTI, 100 PELAJAR TERKANDAS”#KTMB #ETS #KTMKomuter #KTMKomuterUtara #KTMIntercity #DMU #SkyparkLink #KTMKargo

Posted by KTM Berhad on Saturday, January 8, 2022

Difahamkan dari kenyataan itu, pihak KTMB akan menyiasat isu tersebut dan juga beberapa petugas yang bertugas pada hari itu akan digantung kerja dan dikenakan tindakan disiplin.

Tak jadi nak marah…

Bukan permohonan maaf itu yang menjadi perhatian tapi sebaliknya di bahagian komen posting tersebut. Ini kerana admin KTMB yang mengendalikan akaun itu dilihatkan rajin dan gigih untuk membalas setiap komen yang diberikan oleh pengguna FB yang lain.

“Tahniah KTMB, respon yang pantas dan segera menyelesaikan isu yang berbangkit” – Komen netizen

Fb 1

Malah, siap ada yang mengatakan bahawa syarikat atau admin akaun lain sepatutnya mencontohi sikap KTMB kerana bersifat responsif dan pantas memberikan penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berlaku.

Fb 2

Betul lah yang orang kata, memang tenang terus lepas baca komen-komen yang ditulis dan yang dibalas oleh pihak KTMB. Diharapkan insiden sama takkan berulang lagi lah lepasni.

Korang yang lain, kan bagus tulis komen baik-baik je… Sama-sama tenang dan menyenangkan orang lain hehehe… Good job!

Baca: Pemandu KTMB Tak Berhenti Di Stesen Digantung Tugas, 100 Pelajar Tak Pergi Sekolah

Untitled 1 5

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.