“Tak fokus pun berita apa” – Netizen Cair Dengar Tokti Baca Berita

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dato’ Seri Siti Nurhaliza adalah nama yang tidak asing lagi di negara kita. Penyanyi nombor satu tanah air itu memang sedap mata memandang, baik dari segi perwatakannya, lantunan suara, dan kurang gosipnya.

Tapi pernah tak korang tengok Tokti baca berita? Video yang dirakam dan kemudian dikongsi oleh @zieha_idrz di akaun Twitter miliknya ini menunjukkan Totki tengah baca berita dekat sebuah stesen TV berbayar ni. Memang Malaysian Sweet heart lah Tokti ni

Tak boleh fokus

Selaku penyanyi nombor satu negara, Tokti memang tak pernah mengecewakan orang ramai. Termasuklah baca berita kali ni. Memang memukau habis sampai tak tahu apa berita yang disampaikan.

Sampai sahur pun boleh. Tak bosan weh. Suara lembut dan yang paling penting sedap mata memandang.

Itu lah, tak tahu pun berita ni pasal apa. Fokus dah berubah ke arah muka Tokti je. 

Senyuman manis, semanis Air Khatira di bazaar ramadan. Perghh sedap ni kalau dapat khatira japgi.

Selain dari berita Malaysia Baru tahun lepas dan berita-berita kemenangan pasukan negara dalam kejohanan sukan, dengar Tokti baca berita pun happy gak weh. Serius tak tipu!

 

Kalau dah berbakat tu buat lah apa pun, mesti akan ada orang suka dan terpukau. Memang dahsyat penangan Tokti ni. Baca berita pun ramai orang nak dengar dan tengok. Memang living legend.

Baca: https://lobakmerah.com/orang-korea-pun-minat-tokti-pemuda-korea-ini-pukau-netizen-dengan-kefasihan-bahasamelayunya/

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.