“Orang Korea pun minat Tokti” – Pemuda Korea Ini Pukau Netizen Dengan Kefasihan Bahasa Melayunya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Perhubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea boleh dikatakan agak akrab. Bukan sahaja dari sudut ekonomi dan perdagangan, tapi dari pelbagai sudut lain termasuklah budaya, bahasa, seni dan lain-lain.

Sebab tu lah ramai orang kita suka pegi bercuti dekat sana dan ada juga yang boleh cakap Korea. Selalu kita tengok orang kita yang cakap Korea kan,  kali ni kami nak share org Korea pulak pandai cakap Melayu. Cuba korang tengok video yg dikongsi oleh @HezralRamli di akaun Twitter miliknya.

 

Rasa sayang eh rasa sayang-sayang eh!

Haa.. tak sangka kan di boleh cakap Melayu. Fasih pulak tu. tapi yang best tu dia sebut benda random. Power lah mamat ni!

Dia memang pandai lah tu sebab tu dia cakap Melayu. Adoi yang tukang tanya ni pun boleh tahan gak tak betulnya. Memang patut kena palau lah dengan mamat korea tu

Itu lah baru perasan. Mula-mula senyum lepas tu angguk-angguk. Terpegun weh

Lepas sebut nama Tokti tadi ingatkan nak nyanyi lagu Tokti. Sekali lagu “Rasa Sayang” pulak. Boleh lah tu oppa. Kira on gak lah tu

Walaupun nafas dia tersekat-sekat tapi dia tetap teruskan macam biasa walaupun bercakap benda-benda random.

Itu lah. Mula-mula cakap benda random. Lepas tu menyanyi pulak. Tapi kelakar gak lah. Yang penting orang kita pun layan je mamat ni.

Kadang-kadang tu terfikir gak, kenapa kita rasa excited terlebih everytime ada orang luar boleh cakap bahasa kita tapi tak pasti pulak ada ke orang luar teruja kalau kita boleh cakap bahasa diaorang. Ada je orang kita boleh cakap Arab, Perancis, Korea, Jepun atau Urdu sekali pun, tapi tak pula diangkat oleh orang tempatan sana. Just something to ponder upon.

Baca: “Ingat minah Korea mana tadi” Pelajar Malaysia Pukau Kpop-ers di Korea/

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.