in

Wad Di Hospital Klang Penuh Sampai Terpaksa Letakkan Pesakit Bergejala Covid-19 Di Luar Jabatan Kecemasan?

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, rakaman video dan gambar keadaan terkini Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) telah tular di media sosial.

Rata-rata gambar dan video yang dikongsikan menunjukkan gambar katil kanvas sementara yang diletakkan di luar jabatan kecemasan hospital.


Dikatakan, kesemua pesakit yang diletakkan di luar hospital ini merupakan pesakit yang mempunyai gejala Covid-19.

Menurut Malaysiakini, beberapa belas katil sementara telah diletakkan di luar jabatan kecemasan HTAR pagi semalam dan kawasan tersebut telah dipantau pengawal keselamatan.

Secara umumnya, hanya pihak pengurusan HTAR hanya membenarkan kenderaan atau individu yang mempunyai urusan penting saja untuk lalu kawasan tersebut.

Difahamkan, pesakit-pesakit Covid-19 yang berada di luar jabatan kecemasan itu sedang menunggu giliran untuk dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 di Maeps.

Sementara itu, Ahli Parlimen Charles Santiago telah meminta kerajaan untuk segera tangani krisis yang sedang berlaku di HTAR.

Tengku Ampuan Rahimah Hospital Covid 07072021

Ia merupakan keadaan yang sangat menyedihkan. Berpuluh-puluh pesakit Covid-19 telah ditempatkan di luar Hospital Klang kerana tak cukup katik di dalam.

Ini juga menunjukkan keadaaan sistem kesihatan kita terutamanya di hospital ini. Tak cukup katil, frontliners penat dan peralatan perubatan yang dah mula rosak.”

Semalam, selangor merekodkan kes baharu Covid-19 sebanyak 3,119. Sementara itu hanya 8 peratus dari populasi di Selangor telah menerima kedua-dua dos vaksin dan 25.3 peratus telah menerima dos pertama.

Harapnya situasi ini dapat dibendung dengan segera.

 

Baca: “Kalau angka menipu, baik kami duduk di rumah” – 700 Kes Menunggu Bed di Hospital, Frontliner Kongsi Situasi Covid di Klang

Screenshot 2021 07 08 At 11.54.49 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.