Tular satu video di TikTok baru-baru ini menunjukkan seorang wanita meluahkan rasa sedih dan membawa anak kecil untuk bertemu dengan di ayah yang dikatakan bekerja sebagai seorang pemandu lori.
Bagaimanapun, dilihat suasana bertukar jadi tegang kerana mereka didakwa sedang bertelagah. Dalam video tersebut difahamkan lelaki yang dipercayai bekas suami kepada wanita itu berseteru kerana hal wang ringgit dan nafkah.
Dakwa pemilik video itu lagi, lelaki tersebut sudah lama tak jenguk anak, kuat menipu, malah siap ungkit mengatakan dia bekas banduan. Bagaimanapun, berdasarkan pemantauan admin, video tersebut telah dipadamkan.
Namun begitu, pihak lelaki tersebut ada juga tampil memberikan keterangan mengenai perihal sebenar, penjelasan itu dibuat setelah ada netizen yang memberikan reaksi sebak di ruangan komen video asal.
Dalam video penjelasan lelaki tersebut, dia menjelaskan sebenarnya telah membayar nafkah anak sebanyak RM 800 sebulan, bahkan lelaki ini turut melampirkan gambar bukti pembayaran kepada wanita tersebut. Jelasnya lagi, dengan jumlah tersebut sudah lebih dari cukup kerana gajinya RM 1,500 sebulan.
Disebabkan perkara ini, wanita tersebut ada tampil memberikan keterangan mengenai kejadian, jelasnya bekas suaminya itu, hanya tidak membayar nafkah tambahan sahaja dan hari raya dua kali setahun.
Jelasnya, bekas suami memberi nafkah bulanan sama ada RM120 dan paling sedikit RM50 sebelum bekas suami memperoleh gaji.
Malah dia juga mengatakan bahawa dia selalu ambil wang nafkah bersama anaknya sekali di tepi lori seperti mana yang diperlihatkan dalam video bahkan dia menjelaskan bahawa tiada sebarang bantahan daripada pihak mahkamah dibuat oleh bekas suaminya itu tetapi dia dilayan kasar, selalu dimaki walhal dia minta secara baik. Cuma, dia tidak merakam kejadian itu sebelum ini Boleh tengok video penjelasan di sini.
Apa pun, harap perkara ini dapat dileraikan dengan baik demi anak.
Baca : Tak Mungkin ‘Berkawan Baik’ Dengan Bekas Suami, Shuhada Titip Pesanan Makan Dalam Buat Penyondol