in

‘Tak buka gerai hari itu’- Isteri Pengusaha Hairan Dengan Dakwaan Gerai Laksa Kebuk

Ac7C

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya spekulasi mengenai kes gerai laksa di Kedah masih belum berpenghujung, hal ini berikutan dengan kematian pembeli yang terdiri daripada lelaki OKU dan juga seorang warga emas yang dikatakan berpunca daripada keracunan makanan.


Susulan itu, perniagaan gerai Laksa Kebuk terpaksa diperhentikan sementara untuk tujuan pemeriksaan. Sebelum ini, pengusaha gerai Daud Ismail 51, menafikan bahawa laksa tersebut punca kematiannya.

Kali ini, isterinya Habsah Ibrahim, 51 pula memberikan kenyataan terhadap isu tersebut, menurutnya :

 

Hari itu gerai kami tak dibuka

Ac7C
Sumber : says

“Saya terbaca daripada kenyataan ayah mangsa OKU yang meninggal dunia di akhbar Katanya laksa tiga bungkus dibeli pada hari itu sedangkan gerai kami tidak dibuka.”

Menurut sumber, Habsah menegaskan mereka tidak berniaga pada hari tersebut kerana pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.

“Pada hari itu, kami balik rumah jam 12 tengah hari. Petang tak berniaga,” 

 

Mendapat Sokongan Anak-Anak & Masyarakat Ekoran Dengan Tohmahan Yang Diterima

 

Laksakebok1 1539144870
Sumber : harian metro

Memandangkan kes ini menjadi semakin viral, beliau banyak emnerima tohmahan daripada netizen di media sosial.

Namun begitu, atas sokongan semangat daripada masyarakat sekeliling dan anak-anak Habsah dan suami mampu menhadapinya.

“Anak-anak selalu ingatkan ini ujian daripada ALLAH. Masyarakat sekitar juga berikan semangat kepada keluarga kami,”

Pada 8 September lalu, Abd Manan Abd Hamid, 58, mendakwa membeli tiga bungkus laksa daripada sebuah gerai di Kampung Sri Landak.

Anaknya Abdul Rahim, 28, disahkan meninggal dunia Sabtu lalu.

 

Baca : “Jika ia beracun, kami mati dulu” – Peniaga ‘Tepis’ Dakwaan Laksa Beracun

Laksaberacun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.