in

“Tak boleh lawan nisa ai” – ‘Trending’ Lagu Thai Di TikTok, Lelaki Dedah Rupanya Ada Unsur Lucah?

Ai 10 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak boleh lawan nisa ai..


Kalau korang pengguna TikTok tegar, korang mesti pernah nampak komen tentang ‘Nisa AI’, kan? Kadang-kadang komen seperti itu membanjiri ruangan komen dalam mana-mana video yang tiada kaitan langsung dengan ‘Nisa AI’.

Semalam, seorang lelaki di TikTok mendakwa lagu trending ‘Nisa AI’ itu ada kaitan dengan unsur lucah. Dia memuat naik video di TikTok dan menjelaskan maksud sebenar lagu trending itu.

@penceritaaqsa

maksud lirik lagu dalam #trendnisa lucah? kalau betul, saya nasihatkan untuk kita jauhi.

♬ original sound – دانيا منيرة – d

Ada unsur lucah?

Trend ‘Nisa AI’ itu menjadi viral di TikTok sehinggakan ramai pengguna melakukan trend tersebut. Kebanyakan bisnes mempromosi produk ataupun servis mereka sambil menari mengikut rentak lagu trend ‘Nisa AI’.

Walau bagaimanapun, lelaki itu memberitahu dia ada mencari maksud di sebalik lagu tersebut selepas mendengarnya di TikTok sehingga terjumpa satu komen daripada seorang netizen yang menyatakan lagu itu ada unsur lucah.

Adakah orang miskin mempunyai hak? (2X). Awak ada kerja untuk saya? Saya tidak mempunyai ijazah. Tetapi far** saya baik.

Artikel berkaitan: “Trend sekarang” – Budak 11 Tahun Tulis LGBTQ+ Pada Lukisan, Guru Terkejut Bila Dengar Sebab

Artikel berkaitan: “Jadi satu trend pegi umrah” – Ustaz Hampa Ramai Pergi Umrah, Tapi Masjid Di Kampung ‘Sunyi’

Nasihat untuk tidak guna lagu tersebut

Namun begitu, lelaki tersebut tidak pasti adakah komen tersebut adalah maksud sebenar lagu trend ‘Nisa AI’ yang ramai orang guna sekarang. Jika betul, dia meminta orang ramai untuk tidak menggunakan lagu tersebut.

Kalau betullah  ini maksud liriknya, maka saya nasihatkan untuk kita menjauhi lagu ini kerana lagu yang berunsurkan lirik lucah antara yang dilarang dalam Islam.

Dia juga berharap mesejnya dalam video itu tersebar walaupun dia mengakui videonya tidak boleh menandingi trend ‘Nisa AI’.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen baru tahu maksud lagu Bahasa Thailand yang viral itu.

Ai 1

Ai 2 1

Ai 3

Hahah.. min pun pening tengok ramai betul orang komen Nisa AI

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.