Umrah dari segi bahasa bermaksud ziarah. Dari segi syara’ pula bermaksud menziarahi Masjid Al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Pun begitu, ibadah umrah kini dilihat sebagai satu trend yang menjadi ikutan ramai seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Mokhtar Yaacob.
Artikel berkaitan: “Bukan baru balik umrah ke?” – Hadir Upacara Keagamaan Hindu, Netizen Persoal Tindakan Shah Rukh Khan
Artikel berkaitan: “Biar dia mengadu pada Allah” – Anak Sulung Mangsa Kemalangan Nahas 6 Beranak Ditawar Pergi Umrah
Dalam sebuah video TikTok, Ustaz Mokhtar berkata ketika di tanah suci ramai yang solat berjemaah dan mengimarahkan masjid namun seusai pulang ke Malaysia, masjid-masjid di sini semuanya masih ‘sepi’.
@pejuangpondok8734
“Sekarang ini, jadi satu trend semua orang pergi umrah. Kalau boleh, satu keluarga, satu kampung pergi umrah. Tetapi, lepas balik umrah, tidak datang ke masjid.
Balik dari umrah, sibuk cerita seronoknya sembahyang berjemaah. Tetapi, 12 hari di Mekah itu sahaja ke berjemaah?,” katanya.
Menerusi video yang sama, Ustaz Mokthar berkongsi ketika di Mekah ramai yang sanggup berjaga malam dan mengetuk pintu mutawwif seawal jam 3 pagi untuk menunaikan solat sunat serta solat subuh secara berjemaah.
“Tetapi, bila dah naik kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak, ada antara kita yang lebih sanggup qada solat.
Belum turun kapal terbang lagi sudah minta qada sembahyang. Jadi, tidak pelik sekiranya ada yang sudah menunaikan umrah tetapi Allah masih tidak beri hidayah,” katanya.
“Muhasabah diri sendiri”
Kenyataan Ustaz Mokhtar itu secara tidak langsung menjentik hati ramai netizen dan tidak kurang juga, ramai yang bersetuju dengan tazkirah yang disampaikannya.
Semoga kita semua sentiasa beringat…
Sumber: TikTok