in

“Tak boleh lawan Nisa AI” – Pempengaruh Perjelas Isu Di Sebalik Trend Viral Di TikTok

Cats 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend yang menarik di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok memang mudah diikuti oleh orang ramai. Namun begitu, ada trend yang boleh dibuat dan ada juga trend yang patut dihentikan jika ia sudah melampau.


Baru-baru ni, pempengaruh yang dipercayai merupakan pencipta trendNisa Ai‘ telah perjelaskan isu di sebalik trend viralnya di TikTok.

@nesslow_

Harap korang semua faham 🙏🏻❤️

♬ Crolatte – Sped Up – Yunan Helmi

Dalam video itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Nisa yang juga merupakan seorang talent yang bekerja di bawah Youtuber terkenal, Alieff Irfan.

Artikel berkaitan: “Tak boleh lawan nisa ai” – ‘Trending’ Lagu Thai Di TikTok, Lelaki Dedah Rupanya Ada Unsur Lucah?

Artikel berkaitan: “Jadi satu trend pegi umrah” – Ustaz Hampa Ramai Pergi Umrah, Tapi Masjid Di Kampung ‘Sunyi’

Q2 1

Menurutnya, dia tak sangka video menari yang dibuat sekadar untuk berseronok saja menjadi viral di TikTok.

“Video itu trending disebabkan saya yang post. Dan saya pun tak sangka video itu boleh se-trending itu.”

Tambahnya lagi, komen ‘tak boleh lawan Nisa AI‘ bermula apabila ada orang yang cuba tiru trend yang sama untuk tujuan marketing. Dari situ, ramai netizen mula komen sedemikian bila ada pengguna media sosial yang lain cuba meniru aksi Nisa itu.

Akan tetapi, dia turut mengatakan bahawa trend itu menjadi semakin melampau apabila komen itu dihantar dalam video-video yang sensitif.

“Kenapa dekat video-video yang sensitif seperti video orang meninggal, ceramah ustaz dan video pasal Palestin, korang macam tak ada common sense langsung.”

Bukan itu saja, komen itu turut dilemparkan oleh semua lapisan masyarakat yang kebanyakannya datang daripada golongan remaja.

Pada masa yang sama, dia menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka. Namun begitu, Nisa turut menegur orang ramai supaya tidak ambil kesempatan atas isu ini sebagai tujuan marketing bagi menaikkan nama mereka.

“Awak tegur saya sambil pegang produk, makanan, make-up dan sebagainya dengan mengatakan yang trend ini tak bagus.”

Pada akhir video, Nisa mengharapkan netizen supaya menghentikan komen sedemikian kerana dikhuatiri dapat memburukkan nama dia dan juga team Alieff Irfan.

Mohon korang hentikanlah trend yang tak bermanfaat ni ye.

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.