Penyebaran wabak COVID-19 di serata dunia ini telah membuatkan orang ramai lebih peka akan kebersihan diri. Oleh itu, banyak inisiatif yang telah dilakukan pihak kerajaan atau pihak tertentu dalam menjaga kesihatan dan kebersihan orang ramai.
Antaranya ialah dengan meletakkan hand sanitizer di mana-mana sudut tempat awam bagi memudahkan orang ramai membasuh tangan bersih daripada kuman.
“Sangat tak berperikemanusian dan menjijikkan! Tak tahulah kalau ada yang fikir benda macam okay”
Walau bagaimanapun, tular baru-baru ni di Twitter gambar seorang lelaki di Arab Saudi yang dilihat dalam keadaan menyedihkan apabila dia terpaksa memakai kotak pada tubuh badannya bertulis hand sanitizer dan berdiri di dalam sebuah bangunan.
Kotak tersebut dilekatkan sama dengan hand sanitizer untuk digunakan orang awam yang melalui koridor di mana lelaki itu berada. Lelaki itu diibaratkan seperti hand sanitizer bergerak lah di dalam bangunan tersebut.
this is so fucking inhuman and disgusting i dont know how anyone thought this was okay https://t.co/tlsnNK80PY
— .✧・haya .✧・ (@Givenkhy) March 10, 2020
“Wajahnya menunjukkan segala-galanya. Tak ada siapa yang berhak diperlakukan macam tu”
Tindakan pihak berwajib yang meletakkan lelaki tersebut dalam keadaan begitu telah menimbulkan kemarahan netizen yang rata-rata menganggap ia satu perkara yang tidak berperikemanusiaan.
Yelah, korang tengok jelah muka abang tu. Sedih je. Entah berapa lama dia berdiri dengan kotak sanitizer atas badan dia tu.
Syarikat Arab Saudi mohon maaf
Selepas mendapat kecaman bertubi-tubi daripada netizen seluruh dunia, akhirnya sebuah syarikat besar Arab Saudi, Saudi Aramco memohon maaf atas perkara yang berlaku kepada stafnya tu.
Menerusi tweet yang telah diterjemahkan, Saudi Aramco menjelaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu meskipun pada masa yang sama perkara tersebut dibuat untuk menyatakan kepentingan sterilisasi.
Tambahnya lagi, tindakan pekerja mereka yang disuruh berpakaian sedemikian sebenarnya tidak mendapat persetujuan syarikat. Oh gitu…
Baguslah kalau dah mengaku kesalahan. Apa-apapun kena ingat, kita sebagai manusia kena saling menghormati antara satu sama lain tak kiralah seseorang tu berpangkat ataupun miskin.