in

#Throwback Kedatangan Ratu Elizabeth II Ke Malaysia, Rupanya Pernah Datang 3 Kali!

Bx Nc 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia dikejutkan dengan pemergian Ratu Elizabeth II yang telah mangkat pada hari semalam, 8 September 2022. Kemangkatannya membawa kepada pengakhiran pemerintahan yang ditakhta selama tujuh dekad dan menjadikannya wanita paling berpengaruh di dunia.


Di United Kingdom, kerajaan telah merancang untuk membuat tempoh berkabung selama 10 hari atau dikenali sebagai Operation London Bridge. 

Sumbangan beliau terhadap negara telah membuatkan banyak pihak terkesan dengan pemergiannya termasuklah negara-negara komanwel seperti Malaysia sendiri yang pernah dinaungi oleh Ratu Elizabeth II pada masa dahulu.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Ratu Elizabeth II telah melawat Malaysia sebanyak 3 kali sepanjang 70 tahun pemerintahannya sebagai ketua negara United Kingdom. Jom kita throwback semula kedatangan beliau ke Malaysia!

1. Lawatan khas ke Malaysia 1972

Pada Februari 1972, Ratu Elizabeth II pernah berkunjung ke Malaysia untuk membuat lawatan khas diraja di bawah acara jelajah lapan negara ke Asia Tenggara. Lawatan tersebut telah disambut oleh Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak pada waktu itu.

https://www.facebook.com/perdanaleadershipfoundation/photos/a.261842018671/10156563190153672/?type=3

Puteri Anne juga menyertai Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh yang telah dikelola oleh Yang di-Pertuan Agong Abdul Halim Kedah dan Raja Permaisuri Agong Sultanah Bahiyah dalam acara jamuan.

Difahamkan Malaysia merupakan negara ketiga yang dilawati selepas Thailand, dan diikuti dengan lawatan ke Singapura, Brunei, Seychelles, dan Mauritius.

https://www.instagram.com/p/CaVtsyMsbnK/?utm_source=ig_embed&ig_rid=762f8d2a-508d-497a-b1ac-367d0d711fae

2. Jamuan negeri bersama diraja UK 1989

Lawatan kedua pula telah berlaku pada Oktober 1989 dimana Ratu Elizabeth bersama suaminya ke Malaysia atas urusan khas. Keluarga diraja tersebut telah disambut oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Agong Bainun.

Acara lain termasuk beberapa siri acara di Kuala Lumpur, termasuk lawatan ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, diakhiri dengan jamuan perpisahan yang dihoskan oleh Ratu dan Duke of Edinburgh untuk Yang di-Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong.

3. Penutupan Komanwel 1998 di Malaysia

Ratu Elizabeth II telah membuat lawatan negara ke Malaysia dari 20 hingga 23 September. Dia telah ditemani oleh Duke of Edinburgh dan Setiausaha Negeri bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel, Robin Cook.

Ini merupakan lawatan pertama ratu ke Malaysia sejak 1989 apabila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel. Kenyataan itu mengatakan lawatan itu menggambarkan kemesraan dan hubungan antara Britain dan Malaysia.

Semasa di sini, ratu telah menghadiri Sukan Komanwel ke-16 sebagai Ketua Komanwel. Dia telah menonton beberapa acara dan bertemu atlet dan sukarelawan yang berkerja keras membolehkan temasya itu berlangsung dengan lancar.

Ratu juga telah menutup temasya secara rasmi pada 21 September atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja’afar. Beliau juga telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Min sebenarnya baru tahu juga Ratu Elizabeth II telah melawat Malaysia sebanyak 3 kali. Semoga info ini bermanfaat buat korang… Sekarang anda tahu!

Baca: ‘Operation London Bridge’: Ratu Elizabeth II Mangkat, Ini Apa Yang Berlaku Selepas Ini…

Screenshot 2022 09 09 At 11.41.46 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.