in

“Tak ada niat nak bunuh” – Isteri Siram Suami Dengan Air Menggelegak Bila Dapat Tahu Dia Kahwin Dengan Jiran Sebelah Rumah

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila marah kita memang tak boleh nak fikir dengan waras. Sama macam wanita berusia 30 tahun dari Indonesia ni bila dia dapat tahu suaminya dah kahwin lain…


Menurut Detik News, wanita dari Jeneponto, Indonesia, Aminah, telah menyimbah air menggelegak dekat suaminya yang berusia 28 tahun bila dia dapat tahu suaminya dalam diam telah berkahwin dengan jirannya sendiri.

Ceritanya, Aminah dapat tahu tentang perkahwinan suaminya ini pada 13 Julai. Tak dapat nak kawal perasaan marahnya, dia telah menjerang air di dalam kuali dan letakkan di dalam baldi sebelum mencurahkan air menggelegak itu ke badan suaminya, Bahtiar ketika lelaki malang itu sedang tidur.

Ab31C498 0Ddc 467D A1A0 06E59Dd64831 169
Sumber: detik news

Menurut polis di Sulawesi, Dicky Sondani, selepas disimbah dengan air panas, Bahtiar telah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tapi, selepas tak ada perubahan, keluarganya membawa Bahtiar untuk mendapatkan rawatan tradisional tapi malangnya, selepas enam hari, Bahtiar meninggal dunia.

Ketika disoal siasat, Aminah mengaku yang dia memang marahkan suaminya tapi wanita ini tak berniat nak membunuhnya.

Boiling
Sumber: sinchew daily

“Saya tak boleh nak fikir sangat masa tu. Saya cuma rasa marah dan kecewa.”

Suami saya tak kerja pada hari biasa. Dia pun jarang ambil cuti untuk balik ke rumah. Saya siap pinjam duit dekat rumah perempuan tu untuk besarkan anak-anak saya.”

Pihak polis juga berkata, Aminah mungkin akan didakwa dengan pembunuhan dan boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun atau penjara seumur hidup.

Memang susahkan nak kawal apa yang kita buat bila tengah marah. Lagi-lagi bila dapat tahu berita dari mulut orang lain.

 

Baca: “Kau tu kotor, jijik, cacat” – Suami Curang Lepas Muka Isteri Hancur Akibat Kemalangan Motosikal

Screenshot 2019 07 24 At 12.00.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.