in

“Tak ada dosa, semua tu dongeng” – Pakai Baju Perempuan & Bersolek, Ramai Dakwa Mimi Peri Mula Aneh Sejak Ibu Tiada?

Ft Mimi Peri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh yang cukup terkenal dengan audio ‘sahur’ setiap kali bulan Ramadan telah menjadi tumpuan orang awam selepas ramai yang mendakwa Mimi Peri bersikap agak pelik kebelakangan ini.

Tular satu video sesi live memaparkan Mimi Peri memakai baju wanita sambil bersolek, tindakan itu telah membuatkan ramai netizen kurang senang melihat penampilannya di bulan Ramadan, lalu membuat teguran dan memberikan kecaman terhadapnya.


Artikel berkaitan: “Tak ada orang baca Yasin” – Mimi Peri Kongsi Kisah Duka Bapa Meninggal Terkena Sihir Selepas Jadi Mualaf

Artikel berkaitan: Nampak Macam Gila-Gila, Bacaan Al-Quran Mimi Peri Buat Ramai Terpegun

“Tak ada dosa, tak ada diseksa, tak ada” – Mimi Peri

Apa yang membuatkan warganet makin tertumpu kepada sesi live tersebut adalah kenyataan balas terhadap kecamannya yang dianggap melampau. Dalam video tersebut, Mimi Peri mengatakan dirinya bangga dengan penampilannya itu dan menepis teguran bahawa tindakannya itu salah dari sisi agama Islam.

“Tak ada dosa, tak ada diseksa, tak ada, itu semua dongeng, dongeng masa kecil, tak ada. Itu cuma nak takut-takutkan kita je.”

Dalam klip yang sama, Mimi Peri menari-nari menggunakan gaun wanita itu di hadapan kamera sebelum beredar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dari Indonesia mahupun Malaysia meluahkan rasa bengang terhadap kenyataannya itu.

Dalam masa yang sama, ada yang menganggap kelakuan Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani ini mula menjadi semakin aneh semenjak kehilangan bonda tercintanya tahun lepas.

Screenshot 2026 03 02 114523 Screenshot 2026 03 02 114606 Screenshot 2026 03 02 114637 Screenshot 2026 03 02 114704 Screenshot 2026 03 02 114742

Hujung Oktober tahun lalu, Mimi Peri ada kongsikan khabar duka tentang pemergian ibunya selepas memaklumkan bahawa ibunya diserang sakit jantung dan memohon doa orang ramai.

Sumber : X, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.