in

“Cantiknyaaa! nak minum pun sayang” – Ulang Kejayaan Buat Kali Kedua, Barista Anak Malaysia Kekalkan ‘Title’ Juara Dunia

Feature Image Barista

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini seorang barista yang berasal dari Malaysia dikenali sebagai Irvine Quek telah memenangi kejuaraan dunia dalam pertandingan World Latte Art Championship 2018.



Baru-baru ini, dia telah memasuki pertandingan yang sama bagi tahun 2019 yang berlangsung di Korea Selatan dan sekali lagi mendapat tempat pertama sekaligus mengekalkan kejuaraannya di musim yang lalu.

Menurut @irvine_nj, dia bersyukur kerana berjaya mengekalkan kejuaraanya pada hari yang sama namun tahun yang berbeza.

Dia turut berterima kasih  kepada yang sentiasa menyokongnya dan usahanya itu membuahkan hasil apabila menjuarai pertandingan tersebut untuk kali kedua.

“Dapatkan gelaran juara dunia pada hari yang sama tetapi tahun yang berbeza, selepas 365 hari dan saya kembali ke panggung sekali lagi.”

“Ia adalah masa yang sangat sukar untuk saya dan ia penuh dengan tekanan semasa tempoh persediaan.” katanya.

Bagi pertandingan akhir itu, dia telah mengalahkan tuan rumah dari Korea dengan markah yang hanya berbeza 10 sahaja.

Pada tahun ini dia mempertaruhkan corak berbentuk beruang yang kelihatan sedang menggigit ikan di mulutnya. Ternyata hasil karya rekaannya itu berjaya menambat hati juri.

Beruang Dan Ikang
Sumber: instagram

Dikatakan pada tahun lalu lelaki ini mempertaruhkan corak yang bermotifkan burung enggang, monyet, dan juga dolphin.

 

Tahun Lepas
Sumber: twitter

Kejayaannya ini secara tidak langsung membuka mata dunia bahawa rakyat dari negara Malaysia juga mempunyai bakat besar setanding pencabar dari negara lain.

 

Baca: “Starbucks kono belajar camno buek kopi dengan dia” – Ubahsuai Kia Sportage Jadi Mini Bar, Ramai Salute Dengan Abang Ni!

Ooooo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.