in

‘Tag’ Nama Andi Arsyil, Puteri Sarah Sambut Hari Jadi Di Jakarta?

syaz ft 2025 12 02T153838.549

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meraikan ulang tahun ke-40 dengan penuh rasa syukur, pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui setiap pengalaman yang ditempuh baik bahagia mahupun sukar membawa makna yang tersendiri.

Puteri Sarah, atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, berkata segala liku hidup yang dilalui sepanjang 2025 telah menjadikannya seorang yang lebih tabah.


“Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Saya bersyukur atas setiap peluang yang telah membantu saya berkembang sepanjang tahun ini.

Saya juga berterima kasih atas setiap pintu yang tertutup, kerana itu bukan jalan yang terbaik untuk saya,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memuat naik gambar sambutan hari lahir bersama anak-anak dan beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga pelakon Indonesia, Andi Arsyil, di sebuah restoran di Jakarta.

Puteri Sarah turut menitipkan harapan agar tahun baharu yang bakal tiba membawa ketenangan serta ruang untuk dirinya bermuhasabah.

“Pada tahun yang bakal datang, saya mahu meluangkan masa di tengah-tengah kesibukan untuk menenangkan fikiran.

Saya ingin merenung siapa diri saya, dan siapa yang saya ingin menjadi. Saya akan mencari dan mengenali diri saya sepenuhnya,” ujarnya.

Difahamkan, pelakon Evolusi KL Drift: The Series itu kini berada di Indonesia untuk bercuti bersama anak-anak sejak empat hari lalu.

Terdahulu, selepas berpisah dengan pengarah Syamsul Yusof pada Jun 2023, Puteri Sarah dilihat semakin rapat dengan Andi, pun begitu mereka menegaskan bahawa hubungan mereka adalah profesional semata-mata.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.