in

Tabika & Taska KEMAS Dalam Zon Merah Di Seluruh Negara Kini Ditutup

Untitled Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua tabika dan taska kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang berada di dalam zon merah COVID-19 di seluruh negara, kini ditutup bagi membendung penularan wabak itu dalam kalangan murid dan petugas.


Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yasid Bidin seperti yang dilapor Harian Metro hari ini.

Katanya, tindakan penutupan itu dibuat selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga kini, sebanyak 281 tabika dan sembilan taska membabitkan 6,699 murid di Sabah, Kedah dan Terengganu yang berada pada zon merah COVID-19 telah diarah membuat penutupan premis.

Bagaimanapun pihaknya menjangkakan akan ada lagi tabika dan taska dalam zon merah di negeri lain turut berbuat demikian.

Penutupan itu dibuat sehingga pihaknya mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada KKM.

Untuk rekod, KEMAS mempunyai 11,900 tabika dan taska seluruh negara membabitkan kira-kira 200,000 murid.

Baca: Masjid, Tadika & Surau Di Jerantut Ditutup Selepas Ada 4 Kes Positif Covid-19, Individu Baru Balik Dari Sabah

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.