in

“Syukur tak jadi kahwin” – Lelaki ‘Naik Tangan’ Dengan Teman Wanita Lepas Desak Ajak ‘Slow Talk’

Ft Lelaki Naik Tangan Dekat Teman Wanita

Memang satu redflag dalam perhubungan percintaan kalau si lelaki ada naik tangan dekat teman wanitanya. Selain curang, ini adalah satu petanda awal bahawa dia itu bukanlah jodoh kita.

Apatah lagi, kalau si lelaki itu telah melakukan kedua-dua perkara yang menyakitkan itu seperti satu video yang tengah tular di media sosial ini.

Artikel Berkaitan : “Kalau Hafidz Roshdi boleh, aku pun boleh la”- Teman Lelaki Belasah Bakal Isteri Lepas Kantoi Curang?

Artikel Berkaitan : “Tak rilek langsung pukul perempuan” – [VIDEO] Halang Kereta Orang Lain, Bila Kena Hon Lelaki 50 Tahun Ini Belasah Wanita

Dalam video yang berdurasi 1 minit 28 saat di TikTok itu, pemilik video menjelaskan dia sudah rimas dengan bekas teman lelakinya yang mendesak dirinya untuk berbincang.

Wanita itu bersama rakannya yang menunggu di dalam kereta, mereka membuat panggilan saat wanita itu bersua dengan bekas teman lelakinya untuk membuat rakaman percakapan lelaki itu.

Rakaman menunjukkan lelaki tersebut cuba untuk mendekati wanita itu tetapi dia mengelak. Menurut wanita itu, bekas teman lelakinya mahu kembali bersama semula, difahamkan hubungan mereka terputus akibat kecurangan lelaki tersebut.

Ketika sedang berbincang, lelaki tersebut secara tiba-tiba menampar wanita ini.

“Tak tahu lah sejak bila jadi dayus, Ya Allah syukurnya lah tak jadi kahwin.”

Lelaki tersebut juga menolak kepala wanita tersebut, namun wanita ini dilihat membalas semula serangan lelaki tersebut sebelum lelaki berkenaan dilihat beredar.

Wanita tersebut kembali ke keretanya dan menjelaskan yang dia baik-baik sahaja setelah ditanya sahabatnya. Namun begitu, jauh di sudut hatinya dia berasa sedih.

“Masa tu nampak je ok, tapi hati ni tuhan je tahu, retak betul hati masa dia lalu, tergamak kau buat aku macam ni.”

“Aku demam pun sanggup keluar sebab dia nak jumpa, end up kena pukul, terima kasih kerana dah buat aku makin benci dengan kau.”

https://www.tiktok.com/@mellymochii/video/7284886721349635336

Jelasnya lagi, dia tak boleh nak menangis sebab hatinya sudah begitu hancur. Dalam masa sehari video ini telah meraih 2.2 juta jumlah tontonan.

Ramai netizen yang menonton video ini bengang dengan sikap lelaki tersebut, bahkan ada juga yang memuji wanita itu yang berjiwa kental dalam melindungi dirinya. Bahkan ada juga yang puas hati dengan tindakan wanita ini yang tak beri muka langsung pada lelaki itu.

Screenshot 2023 10 02 171149 Screenshot 2023 10 02 171206 Screenshot 2023 10 02 171249

Haih, nasib baik lah tak jadi kahwin, kalau dah kahwin entah macam mana dia buat kat wanita ni.

Sumber : TikTok