“Syok sendiri” – Netizen Naik Meluat Dengar Lagu Ainaa Beauty

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni ada duit semua jalan, nampaknya trend pengasas kosmetik buat lagu untuk promote produk ni dah dikira sebahagian daripada strategi pemasaran mereka.

Lepas Dato’ Seri Vida, Dato’ Aliff Syukri, Sajat dan Safiey Ilias, giliran pengasas Ainaa Beauty, Syafiqah Aina pula buat lagu.

 

Ainaa Beauty

Lagu ala Kpop dengan tarian rancak, ada juga yang rapping dengan mempromosikan produk mereka. Dalam lagu tersebut ada juga menekankan yang produk mereka ni bukanlah produk sampah seperti mana yang didakwa oleh segelitir golongan.

Video klip lagu yang berdurasi 3 minit 7 saat tu, di tayangkan di YouTube sejak 14 September lepas dan meraih hampir 200,000 jumlah tontonan. Namun ia mula dikenali apabila lagu itu viral di Twitter.

Biarpun ramai yang memberikan sokongan di YouTube, tapi netizen di Twitter macam kurang gemar bila mendengar dan menonton video klip lagu tersebut.

 

Extra cringe – Netizen

Okay lah atas sikit dari Fazz Ahmad”

 

“Dengar suku je, sakit pula telinga nak dengar sampai habis”

Hurm, ok lah tu kan, mana lah tau lagu ni boleh masuk AJL, laaahhhhhhh.

 

Baca : “Macam itik tercekik kacang je ni”- Baru Record Lagu Raya, Aliff Syukri Dah Kena Kecam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.