in

Syok Sangat Nak Jadi ‘ Netizen Prihatin’, Rakam Kereta Accident Sampai Tak Sedar Polis Tunggu Depan Nak Saman

Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas lagi-lagi kalau dah sampai musim perayaan yang besar, kemalangan dan jika ada halangan di tengah jalan. Kadang-kadang kesesakan lalu lintas ini juga berlaku sebab ‘keprihatinan yang sangat melampau’ dari pengguna jalan raya itu sendiri.


Sedar atau tidak, jika berlaku kemalangan, segelintir rakyat Malaysia amat gemar untuk menurunkan tingkap kenderaan dan merakam sebarang kejadian yang berlaku sama ada ditengah mahupun di bahu jalan hingga mereka lupa ia menyalahi undang-undang.

Accident 2

Sama seperti nasib pengguna jalan raya ini, yang boleh dikata malang apabila tular di media sosial video dia sedang merakam kemalangan yang berlaku di jalan yang dilaluinya.

“Terbalik geng,” katanya apabila melihat keadaan kereta terlibat dalam kemalangan itu.

Dalam masa yang sama, terlihat ramai anggota polis yang bertugas mengawal lalu lintas disana sehingga lah dia disuruh berhenti oleh polis tersebut lalu dia disaman.

“Saman dia main fon. Parking tepi terus sebelah kiri”

Main Handphone, Saman Terus

Main Handphone, Saman Terus

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, March 9, 2021

Menurut Peraturan 17A, LN166/59 Undang-Undang Lalu Lintas 1959, menggunakan telefon semasa memandu dianggap sebagai kesalahan yang berat dan tidak lagi dapat dikompaun. Ini bermakna anda diminta menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.

Sekiranya didapati bersalah, pesalah kali pertama boleh dikenakan denda RM 1,000 atau penjara sehingga 3 bulan. Sementara itu, pesalah yang berulang kali akan dikenakan denda hingga RM 2,000, dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih dari 6 bulan, atau kedua-duanya.

Pesanan tulus ikhlas dari min, patuhi lah undang-undang dimana sahaja anda berada. 

 

Baca : Dahulukan yang wajib; Seramai 11 Pesalah Jalan Raya Dipaksa Solat Maghrib Berjemaah & Dengar Tazkirah Selepas Ditahan Polis

Foot Jalan Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.