in

Sweden Umum Negara Mereka Kini ‘Bebas’ Pandemik Covid-19

Sweden Endemik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikala rata-rata negara seluruh dunia termasuk Malaysia sedang diancam gelombang terbaharu jangkitan Covid-19, negara Sweden baru-baru ini telah membuat pengumuman bahawa negara mereka telah bebas dari pandemik Covid-19.

Sejajar dengan pengumuman tersebut, pelbagai jenis sekatan yang dilaksanakan sebelum ini telah ditamatkan selain ujian berskala besar turut dihentikan walaupun ketika mana masih ada rakyat mereka yang dijangkiti dan menunjukkan gejala.


Selain itu, selepas pengumuman tersebut dibuat, kesemua khemah besar yang menawarkan perkhidmatan ujian saringan secara pandu lalu dan perkhidmatan penghantaran kit ujian ke rumah turut dihentikan.

1000

Kerajaan negara berkenaan turut difahamkan tidak lagi menyediakan atau berkongsi data bagi tujuan pengesanan jangkitan Covid-19 selain turut membenarkan orang ramai mula berkumpul untuk sebarang acara atau di restoran.

Tindakan pelik Sweden ini ternyata mencetuskan tanda tanya di Eropah kerana majoriti negara disana masih menganggap Covid-19 ini sebagai satu ancaman kepada negara mereka.

“Ujian terlampau mahal, hampir tiada faedah”

Im 170653

Difahamkan, Sweden membuat pengumuman berkenaan gara-gara ujian yang mahal selain keputusannya tidak membantu, lebih-lebih lagi dalam pada kemunculan varian terbaru Omicron dan ini membuatkan mereka mahu melawan dan menganggap Covid bukan lagi pandemik, tetapi endemik!

Sejak tahun 2021, kerajaan Sweden telah berbelanja lebih dari $320 juta untuk melakukan ujian PCR dan mereka berpendapat bahawa kos ini terlampau tinggi untuk ditanggung lebih lama oleh kerajaan dan ianya sepatutnya dibelanjakan di sektor lain.

Bulan lalu, kerajaan Sweden telahpun menetapkan hanya petugas kesihatan, warga emas dan mereka yang tertentu sahaja akan mendapat ujian PCR percuma jika menunjukkan gejala. Manakala yang lain hanya akan diminta tinggal di rumah jika mereka menunjukkan gejala COVID-19.

Oh, ingatkan dah bebas sepenuhnya, rupanya dari pandemik ke endemik…

Baca : Diberi Ganjaran Makanan Lepas Kutip Sampah, Burung Gagak Dilatih Jadi Pengutip Puntung Rokok di Sweden

F2 Gagak Kutip

Sumber: AP News
Sumber: WSJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.