in

Susulan Penemuan Mayat Wanita Reput Di Tambun, Teman Lelaki Mangsa Ditahan

mayat wanita reput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, satu kes kematian seorang wanita telah menjadi perhatian media.

Ini kerana penemuan mayat wanita tersebut dikatakan mempunyai unsur ‘mistik’ apabila mayat yang hampir reput itu dijumpai ketika seorang anggota tentera sedang memandu berseorangan di kawasan tersebut.


Difahamkan, anggota tentera itu cuba mengelak sesuatu ‘kelibat’ yang kemudian membuatkan dia terbabas ke bahu jalan. Mangsa dilaporkan cedera ringan namun disebabkan kemalangan kecil itu mayat wanita tersebut ditemui.

Hasil siasatan polis, mayat wanita itu difahamkan telah dibunuh dan seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes tersebut.

pexels kindel media 7714795 1
Gambar Hiasan

Menurut laporan FMT, Ketua Polis Perak, Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 24 tahun yang juga teman lelaki mangsa itu ditahan dengan beberapa barang kes berkaitan kejadian itu di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai, Perak.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, setelah hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kesan dicekik pada bahagian leher.

Dengan tertangkapnya suspek ini yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian mangsa, maka kes ini berjaya diselesaikan.” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak bagi cadangan pertuduhan.

Baca: ‘Kelibat’ Melintas Jadi ‘Clue’ Polis Jumpa Mayat Wanita Reput?

Kelibat Clue Mayat Reput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.