in

Suspek Pura-pura Pengsan Selama 3 Hari Untuk Elak Dari Disoal Siasat, Namun ‘Terjaga’ Selepas Tercium Bau Kari

Ft Kari 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki bertindak berpura-pura pengsan selama tiga hari selepas ditangkap kerana disyaki melakukan penipuan.


Jadi untuk mengelakkan siasatan dilakukan ke atasnya, lelaki itu memengsankan dirinya.

Namun lelaki itu akhirnya menyerah kalah selepas ter’bau’ masakan kari sebelum dia akhirnya terjaga dari ‘pengsan’.

Mengikut cerita, lelaki dari Hubei, China itu terjaga dari ‘pengsan’nya itu selepas tercium bau kari di sebelahnya.Rupa-rupanya ada seorang pegawai polis sedang menikmati nasi daging kari disebelahnya, lapor Global Times.

Lelaki itu mengatakan bau kari tersebut sangat kuat dan berbau lazat, dan dia terjaga kerana kerana perutnya kosong tertarik dengan bau kari tersebut.

Saya tidak makan selama tiga hari. Perut kosong saya tidak dapat menahan lagi ketika menghidu makanan di sekeliling saya.”

Mengikut sumber, lelaki itu ditangkap sebab menipu pada 7 Julai, lepas itu dia berpura-pura trauma dan pengsan di depan polis.

Lelaki itu kemudiannya dihantar ke hospital dan doktor cuba lakukan pelbagai cara untuk membangunkan lelaki itu namun gagal.

Namun, hari ketiga, lelaki itu akhirnya bangun selepas tercium bau kari yang dimakan oleh pegawai polis di sebelahnya.

Bau nasi itu sangat kuat, dan menyebar ke seluruh ruangan ketika saya memakannya, suspek kemudiannya mula menggerakkan kepalanya dan perlahan-lahan bangun” – Pegawai polis

 

Kalau min, bau durian confirm min ‘terjaga’

Baca : Melekat bau haruman seribu bunga; Darah Menitik Ingat Air Karat, Lelaki Terkejut Jumpa Bangkai Musang Atas Siling Rumah

Musang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.