Mempunyai kawan yang jenis mudah terhibur ni selalunya akan mendatangkan rasa seronok apabila bersama rakan-rakan lain. Mana taknya, mereka yang mudah terhibur ni senang ketawa, kadangkala lawak hambar pun mereka ni boleh ketawa sampai terkeluar air mata.
Tetapi bagi seorang wanita ini, menjadi individu yang mudah terhibur bukanlah sesuatu yang indah buat dirinya kerana dia mempunyai penyakit aneh yang akan membuatkan dirinya tertidur apabila dia ketawa.
Lapor Daily Star, Bella Kilmartin, 24, mula didiagnos dengan penyakit narcolepsy iaitu chronic sleep disorder sejak berusia belasan tahun selepas wanita itu sering tertidur semasa di dalam kelas atau di dalam dewan peperiksaan.
Kilmartin yang berasal dari Great Barr, Birmingham, kemudiannya didiagnos dengan satu lagi kondisi rare yang dikenali sebagai cataplexy iaitu kelemahan otot secara tiba-tiba yang berlaku disebabkan emosi yang kuat.
Katanya, penyakitnya akan menyerang hanya apabila dia ketawa. Ujar Kilmartin, dia sebenarnya tidaklah tidur sepenuhnya kerana dia sedar apa yang berlaku di persekitaran tetapi dia tidak boleh mengawal anggota badannya.
Menurut Kilmartin, pada mulanya, cataplexy yang dialaminya akan membuatkan diri berasa pening apabila dia ketawa. Kemudian, matanya akan berkelip-kelip sebelum kelopak mata menjadi berat.
“Kini, bila saya ketawa, otot saya akan menjadi lemah. Kadangkala, saya hanya tergelak kecil tapi saya tiba-tiba menjadi mengantuk,” katanya.
Tambah Kilmartin, dia pernah diserang cataplexy sewaktu keluar bersama rakan ke kelab malam dan ketika sedang berenang di kolam.
“Sesuatu yang kelakar berlaku semasa saya berada di dalam kolam dan saya ketawa. Otot saya serta-merta jadi lemah dan kepala saya terkulai ke dalam air,” katanya.
Kilmartin menambah, dia bersyukur kerana ada rakannya yang tahu mengenai masalah yang dialaminya kerana individu itu segera membantunya supaya wanita itu tidak lemas semasa penyakitnya menyerang.
Sumber: Daily Star
Baca: Wanita Ini Alami Penyakit ‘Rare’, Akan Pengsan Jika Lihat Lelaki Kacak