in

Sultan Pahang & Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Bayi Kembar 3 Mejar Mohd Fikry & Isteri

feature image 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan suami isteri, Mejar Ir. Ts Mohd Fikry Amri dan isteri, Puan Sabrina Hakiem Zaini atas kelahiran tiga orang cahaya mata mereka iaitu kembar tiga atau triplet baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, pasangan suami isteri ini telah kehilangan bayi mereka, Al Fateh pada tahun lalu disebabkan oleh kecuaian pengasuh di sebuah taska.


Susulan kejadian itu, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) telah menaja rawatan IVF kepada pasangan ini dan beberapa hari lalu, Puan Sabrina telah selamat melahirkan kepada tiga orang cahaya mata perempuan di Hospital Melaka.

yayasan fertiliti tunku azizah

Artikel Berkaitan: Kehilangan Anak Akibat Kecuaian Taska Tahun Lalu, Pasangan Ini Kini Dikurniakan Kembar 3

Artikel Berkaitan: Anak Meninggal Di Taska Lepas 13 Tahun Tunggu Zuriat, Ibu Bapa Al Fateh Ditaja Rawatan IVF Tunku Azizah

Difahamkan, tiga orang cahaya mata kembar itu telah dinamakan Maryam Al Lubna, Maryam Al Khawla dan Maryam Al Arwaa.

Menurut perkongsian Facebook Kesultanan Pahang, ketiga-tiga bayi berkenaan merupakan bayi ke-145, 146 dan 147 yang dilahirkan sejak yayasan tersebut ditubuhkan pada tahun 2004.

Untuk makluman semua juga, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang merupakan pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF.

Yayasan ini ditubuhkan atas inisiatif Tengku Ampuan Pahang sejak 21 tahun lalu dan yayasan ini telah menaja seramai 553 pasangan suami isteri seluruh negara yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.