in

Sultan Ibrahim Titah Bakal Laksana Tanggungjawab Dengan Jujur, Ikhlas, Adil Dan Bertimbang Rasa

Sultan Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan jujur, ikhlas, adil dan penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.

Menurut laporan Sinar Harian, Sultan Ibrahim juga turut menzahirkan ucapan kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah memberikan kepercayaan dan penghormatan untuk memikul amanah dan tugas sebagai ketua negara.


Hari ini, Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Balairung Seri, Istana Negara pagi tadi.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim juga berharap agar kerajaan terus berusaha untuk menangani masalah negara, termasuk meringankan beban rakyat serta membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur.

Artikel berkaitan: Ini Fakta Menarik Tentang Sultan Brunei, Raja Paling Lama Memerintah Setakat Ini

Artikel berkaitan: Tiada Guna Jika Bangunan Pencakar Langit Megah Tapi Masih Ada Rakyat Ikat Perut – Sultan Perak

Sultan Ibrahim

“Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur dan ikhlas, dan memerintah dengan adil dan saksama serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata, demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan istiadat pertabalan hari ini serta semua majlis yang dianjurkan.

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur, serta seluruh rakyatnya kekal hidup bersatu-padu, aman sentosa dan bahagia,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari, menggantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.