Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian di media sosial selepas video tangannya ditepis oleh pengawal keselamatan Wakil Presiden (Wapres) Indonesia, Gibran Rakabuming Raka ialah naib presiden Indonesia yang terkini.
Dalam sebuah perkongsian di TikTok yang tular, Aisar Khaled dilihat cuba merangkul bahu Gibran itu sebelum ditepis oleh salah seorang pengawal keselamatannya.
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika Aisar turut serta dalam acara pelancaran Pacu Jalur 2025 yang diadakan di Riau, Indonesia.
Artikel berkaitan: “Love Medan!” – Ramai Meriahkan ‘Fan Meet’ Aisar Khaled Di Indonesia
Artikel berkaitan: Netizen Dakwa Aisar Khaled Buat Muka Rimas Dikerumuni Peminat Wanita Indonesia?
@medankinian Peristiwa ini terjadi saat Wakil Presiden (Wapres) Gibran Rakabuming Raka menghadiri pembukaan Festival Pacu Jalur 2025 di Tepian Narosa, Sungai Batang Kuantan, Kabupaten Kuantan Singingi (Kuansing), Riau, Rabu (20/8). Tampak Selebgram Aisar Khaleed bertegur sapa dengan Wapres. Merekapun tampak akrab berbincang. Namun saat momen foto bersama, Aisar mencoba untuk merangkul Wakil presiden, dan Paspampres dengan cekatan menahan tangan Aisar.
Dalam pada itu, dapat juga dilihat pengawal keselamatan yang terus mendekati Gibran untuk memastikan Wapres itu berada dalam keadaan selamat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen khususnya netizen Malaysia yang menegur cara pempengaruh itu. Namun, ada juga yang menegaskan bahawa Aisar bertindak sedemikian kerana dia tidak tahu protokol di negara jiran itu.
Sumber: TikTok