in

Sudah Pencen 20 Tahun Lalu, Guru Di Indonesia Aktif Mengajar Matematik Di TikTok

Guru 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, apabila seseorang itu sudah pencen, pasti mereka ada rancangan lain sama ada untuk berehat di kampung halaman ataupun bekerja sambilan.


Namun, seorang guru dari Indonesia ini telah membuatkan ramai kagum kerana semangatnya mengajar subjek matematik walaupun sudah bersara 20 tahun yang lalu.

Menurut portal detikedu, guru yang bernama Pak Melan Achmad itu berasal daripada Purworejo, Jawa Tengah. Meskipun sudah tidak berbakti dengan sekolah, Pak Melan menggunakan platform TikTok untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-muridnya.

@binaprestasiswa

part 2pembahasan soal SMA SMK SNBT#mbahgurumatematika

♬ suara asli – Mbah Guru Matematika – Mbah Guru Matematika

Pencen sejak tahun 2003

Menerusi akaun TikTok Mbah Guru Matematika, Pak Melan akan mengajar ketika live setiap hari untuk pelajar sekolah menengah pertama (SMP) dan sekolah menengah atas (SMA).

Bagi pelajar SMP, dia akan mengajar bermula jam 4.00 petang sehingga 5.30 petang, Waktu Indonesia Barat (WIB). Untuk pelajar SMP, kelas mereka akan bermula jam 7.30 9.00 malam WIB.

Upload sesi live di TikTok & dibantu anak

Bukan hanya mengadakan sesi live di TikTok, Pak Melan akan memuat naik video beberapa sesi yang diambil daripada siaran langsungnya. Kesemua content adalah ketika dirinya mengajar subjek Matematik.

Artikel berkaitan: Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Untuk Berguru Dengan Misbun Sidek, Ramai Puji Disiplin 3 Pemain Badminton Thailand Ini

Artikel berkaitan: Respect! Guru India Hasilkan ‘Kolam’ Istimewa Buat Palestin

Pak Melan akui, kadang-kadang dia rasa terganggu apabila sesi siaran langsung itu tersekat gara-gara gangguan signal. Mujur, ketika sedang live, dia dibantu oleh anak-anaknya.

Mbah dibantu oleh anak-anak Mbah.

Hobi dan ingin mencerdaskan anak-anak bangsa dengan mengasah otak melalui pelajaran matematik.

Pak Melan berkata dia berasa seronok berinteraksi dengan ramai orang di TikTok termasuk kanak-kanak, remaja, mahasiswa dan guru.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memberi semangat kepada Pak Melan.

Guru 1

Wah, semangat tengok cikgu ni mengajar matematik. Moga sihat selalu!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.